Adalah di maklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Cawangan Taman Melewar akan di adakan pada pada 24 Mei 2009, bersamaan hari Ahad, jam 2 petang bertempat di Dewan Serbaguna Taman Melewar.Diharapkan ahli Pergerakan Pemuda UMNO Taman Melewar semua dapat turut hadir.Moga mesyuarat pada kali ini di rahmati ALLAH S.W.T dan berjalan dengan sempurna. Diminta ahli Pemuda memakai baju rasmi pemuda (baju putih) pada hari tersebut. Terima Kasih.
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman Melewar.
Tuesday, May 19, 2009
Monday, May 18, 2009
BENAR KAH?????
Ada bisik-bisik yang mengatakan KP-KP Wilayah sudah mula mencari 'harta karun' dari saudara KP UMNO MALAYSIA. Kisah di hotel flamingo pada tempoh hari telah mencoretkan sebuah kisah 'hikayat' PEMUDA yang ingin mencari kekayaan sendiri.Apakah benar di sebalik cerita ini.Jika benar ia terjadi alangkah malunya PEMUDA MELEWAR dengan perangai KP-KP Wilayah ini.Adakah ini yang menjadi inspirasi kepada KP-KP Wilayah untuk menjawat jawatan KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN.PEMUDA MELEWAR amat sangat berharap KP Batu tidak sedemikian rupa.Kalau ini betul-betul terjadi, bersedialah kita (UMNO) untuk ditalkinkan.
Contoh melalui tauladan, akan tetapi apabila ini terjadi kita sebagai ahli UMNO harus meletakkan satu garis panduan di mana contoh sebegini rupa sepatutnya di interpetasi seperti Contoh melalui 'sempadan.Malu dengan sikap pemimpin2 yang tamak dengan harta-harta.KP Bhgn dahulu patutnya diukur dengan 'jati diri' sebelum inginkan anak buah mereka mempunyai jati diri yang kukuh.PEMUDA MELEWAR ada juga mendengar tentang bagaimana PANGLIMA HARIMAU BERANTAI KEPONG, Sdr Norizan Ali keluar daripada perjumpaan KP-KP Wilayah kerana muak dengan perangai kawan-kawan yang tamak & gilakan harta. Alhamdullillah sekiranya ini betul alangkah indahnya ada juga pemimpin yang ikhlas ingin membantu ORANG MELAYU, memperkasakan parti, memperjuangkan agama & bangsa. Sikap ini harus di contohi oleh KP-KP yang lain. Kami di peringkat akar umbi sangat bersyukur kepada ALLAH, inilah nilai yang tidak terhingga yang telah di lunaskan dengan penuh bermaruah.Terima kasih diucapkan kepada Sdr Norizan.
Peringatan yang ingin kami bawa kepada KP-KP Bhgn di WP, jgn lah anda menggadaikan maruah agama,bangsa, & negara hanya semata-semata dengan permintaan matearlistik anda yang tidak bertanggungjawab.Kami PEMUDA MELEWAR amat berharap kisah ini tidak pernah berlaku, akan tetapi jika ia benar-benar berlaku sekalung tahniah kami berikan kepada anda kerana andalah yang bakal membuatkan UMNO/BN menjadi pembangkang pada PRU ke13 ini
Minta direnungkan sejenak intipati perjuangan UMNO dari permulaan 'kehidupan' UMNO.

Wednesday, May 6, 2009
KECOH SIDANG DUN PERAK
Apa nak jadi dengan negeri Perak. Pakatan rakyat masih berdegil.Lihat lah kedegilan mereka.Inilah bila baru mula merasai KUASA.jadi gila meroyan!!!Mereka jadikan sidang DUN ini bagaikan ZOO. Lihatlah rakyat PERAK.Jangan biarkan masa depan gelap dek perangai MONYET-MONYET yang bernama PR.Jadikan ini sebagai tauladan. Minta tolong jangan anda perjudikan nasib anda di negeri PERAK.Negeri Kesultanan Melayu yang TERTUA di Malaysia, MALAYA, Tanah Persekutuan Tanah Melayu dan Gugusan Kepulauan Tanah Melayu.
DAULAT TUANKU!!!HIDUP MELAYU!!!HARMONI MALAYSIA!!!!
Tuesday, May 5, 2009
BERITA BAIK - EKONOMI KIAN PULIH
Pasaran lepasi 1,000 mata
PELABUR melihat papan penanda aras IKKL yang menunjukkan kenaikan sehingga ke paras melebihi 1,000 mata, semalam.
KUALA LUMPUR 4 Mei - Pasaran saham tempatan yang melepasi paras 1,000 mata buat kali pertama hari ini sejak tujuh bulan lalu, mampu melonjak ke paras 1,118 mata untuk tempoh terdekat.Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) hari ini ditutup pada paras 1,009.36, naik 18.62 mata atau 1.84 peratus.Pengarah Bersekutu OSK Research Sdn. Bhd., Chris Ng berkata: "Dari tinjauan pasaran yang kami lakukan, mata IKKL diunjur berlegar antara 960 hingga 1,040 mata pada bulan Mei ini."Difahamkan peningkatan IKKL sehingga paras 1,118 boleh berlaku selepas pasaran melalui proses pembetulan yang bakal menyaksikan harga jatuh sebelum meningkat semula.
Ng ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini berkata, beliau melihat peningkatan semasa itu sebagai satu tanda positif selepas masyarakat pelabur sebelum ini agak kritikal dengan perkembangan ekonomi Malaysia.Katanya, faktor sentimen positif turut memainkan peranan kepada peningkatan IKKL dan menjangkakan indeks akan berada melebihi 1,000 mata pada bulan ini.Ujarnya, saham-saham mewah akan terus menjadi tumpuan pelabur walaupun berlaku penjualan saham bermodal kecil pada pertengahan bulan ini.Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazzary Rosli turut mengakui prestasi IKKL juga didorong oleh khabar positif pasaran saham Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan tanda-tanda pemulihan.''Pasaran saham negara itu kini mulai kembali stabil dan setakat ini, tiada sebarang berita negatif dilihat muncul dalam tempoh masa terdekat. Ini sekali gus memulihkan semula sentimen pelabur di AS dan juga Asia.''Bagi pelabur tempatan pula, keyakinan mereka mula pulih apabila berlaku peralihan kuasa dalam tampuk pentadbiran negara. Melalui pengumuman dan pengenalan dasar baru, Perdana Menteri yang baru telah menjanjikan perubahan kepada ekonomi negara,'' katanya.Tambah Nazzary, sejak Datuk Seri Najib Tun Razak memegang terajui, pasaran saham tempatan dilihat juga mengalami kenaikan ekoran perubahan yang dilakukan beliau termasuk dasar liberalisasi yang diumumkan baru-baru ini.Sementara itu,
Penganalisis Inter-Pacific Securities Sdn. Bhd., Koay Yi Chuan berkata, walaupun IKKL melepasi paras 1,000 mata, paras itu tidak akan kekal, sebaliknya akan berlaku pembetulan.''Pembetulan pasaran itu bakal menyaksikan berlakunya sedikit kejatuhan sebelum pasaran saham mula naik semula. Namun tidak dapat dipastikan bila ia akan berlaku.''Selain itu, sebarang berita tentang selesema babi (virus H1N1) yang melanda dunia ketika ini, juga dilihat mempengaruhi sentimen pelabur kerana mereka akan lebih berhati-hati akibat bimbang pasaran akan terjejas,'' katanya.Yi Chuan berkata, langkah kerajaan yang memperkenalkan liberalisasi dalam beberapa sektor telah menggalakkan pelabur asing datang melabur di pasaran tempatan yang secara langsung membantu meningkatkan sentimen pasaran.

Monday, May 4, 2009
BEKAS PEMIMPIN SAPP SERTAI GERAKAN
Selepas berbulan-bulan tidak mempunyai parti setelah Parti Maju Sabah (SAPP) meninggalkan Barisan Nasional, seorang timbalan ketua menteri Sabah akhirnya menyertai Gerakan hari ini.Penyertaan Raymond Tan Shu Kiah diumumkan oleh Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon di Kota Kinabalu pagi ini. SAPP meninggalkan BN menjelang 16 September tahun lalu - hari Datuk Seri Anwar Ibrahim berura-ura merampas kerajaan persekutuan - dengan alasan tidak berpuas hati dengan perdana menteri waktu itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.Tan, yang juga ADUN Tanjong Papat dan bekas ketua Pemuda SAPP Aw Kam Wah (ADUN Elopura) akan menyerahkan borang keahlian mereka secepat mungkin.
Kenyataan akbar dari Malaysiakini
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman Melewar berasa bangga dengan pendirian Ybhg Raymond Tan Shu Kiah kerana masih lagi setia bersama BARISAN NASIONAL. Ini harus di jadikan contoh pada seluruh ahli & penyokong BARISAN NASIONAL. Kesetiaan ini harus patut di puji oleh segenap penyokong kerajaan kerana beliau sanggup 'menentang arus' di dalam parti SAPP kerana masih sayangkan BARISAN NASIONAL..Syabas kami ucapkan.
Sunday, May 3, 2009
Program Pembangunan Kepimpinan Asas
Tarikh: 8 - 10 Mei 2009 (Jumaat - Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Gemencheh, Negeri Sembilan
Program anjuran Jabatan Belia & Sukan ini memberi peluang kepada belia yang masih belum berpersatuan. Tiada bayaran dikenakan dan keutamaan diberi kepada belia yang ingin menubuhkan pertubuhan belia. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ketua Pemuda Tmn Melewar, Sdr Mohamed Nizham Bin Abdullah Hamidi di talian +60192757731

Friday, May 1, 2009
Kenyataan Media: Senarai Exco Lantikan Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda UMNO negeri
KENYATAAN MEDIA
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin memaklumkan mengenai perlantikan Ahli Jawatankuasa tambahan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, sessi 2008-2011.Berikut adalah senarai EXCO Lantikan Pemuda UMNO Malaysia:-
Sdr. Anis Hisham Abdul Aziz
Pemuda UMNO bahagian Kuala Selangor
Sdr. Abdul Razak Abd Rahman
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kota Melaka
Sdr. Khairul Azwan Dato’ Harun
Ketua Pemuda UMNO bahagian Pasir Salak
Sdr. Badrol Hisham Haji Zakaria
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Terengganu
Sdr. Mohd Faizal Hj. Ramli
Ketua Pemuda UMNO bahagian Teluk Kemang
Berikut adalah senarai Ketua Pemuda UMNO Negeri-Negeri:-
Ketua Pemuda UMNO Negeri Perlis
Sdr. Mohsin Mohd Yusoff
Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Besar
Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah
Sdr. Badrol Hisham Hashim
Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Terap
Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang
Sdr Norman Zahalan
Ketua Pemuda UMNO bahagian Bayan Baru
Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak
Sdr. Maslin Sham Razman
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Kangsar
Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor
Sdr. Suhaimi Mohd Ghazali
Ketua Pemuda UMNO bahagian Sepang
Ketua Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan
Sdr. Rizalman Dato’ Mokhtar
Ketua Pemuda UMNO bahagian Bandar Tun Razak
Ketua Pemuda UMNO Negeri Negeri Sembilan
Sdr. Mohd Helmy Din
Ketua Pemuda UMNO bahagian Rasah
Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka
Sdr. Karim Yaacob
Ketua Pemuda UMNO bahagian Bukit Katil
Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor
Sdr. Mohd Fadil Muskon
Ketua Pemuda UMNO bahagian Air Hitam
Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang
Sdr. Abu Jimi Samat
Ketua Pemuda UMNO bahagian Lipis
Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu
Saiful Bahri Baharuddin
Ketua Pemuda UMNO bahagian Marang
Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan
Sdr. Anuar Safian
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kubang Kerian
Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah
Sdr. Azman Hj Ruslan
Ketua Pemuda UMNO bahagian Keningau
Semoga dengan lantikan ini, akan dapat mengeratkan kerjasama dan perpaduan di kalangan ahli-ahli Pemuda UMNO dari segenap lapisan masyarakat dan diharap dengan perlantikan ini, mereka akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi memastikan usaha mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kepada UMNO dan BN menjadi kenyataan.
MEGAT FIRDOUZ TAN SRI MEGAT JUNID
SetiausahaPergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Kuala Lumpur,
30 April 2009

Subscribe to:
Posts (Atom)