Saturday, February 20, 2010

POLITIK ALAF BARU?????????

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat semua. Sudah lama diikutkan penulis tidak aktif didalam penyusunan cerita-cerita terbaru di peringkat cawangan, bahagian dan juga nasional. Kini penulis sudah kembali dengan nafas dan semangat yang baru lebih-lebih lagi didalam mood perang (bak kata KP Tmn Melewar). Penulis sebenarnya kali ini ingin memberi pandangan sedikit tentang topik diatas kerana akhir-akhir ini penulis ada mendengar rintihan segelintir anak muda yang mula bimbang, cemas dengan keadaan semasa. Cemas dan bimbang bukan kerana pihak pembangkang yang semakin terhakis pengaruhnya tetapi kerana orang UMNO sendiri yang membuat onar atau 'havoc' didalam cawangan mereka sendiri.

Penulis ingin bertanya kepada pembaca samaada adakah benar pemuda sekarang ini suka memecahbelahkan penduduk tempat yang diduduki mereka???Politik apa sebenarnya yang dicari pemuda?politik apa yang dicari golongan pertengahan atau golongan 'emas'??Penulis melihat permasalahan ini wujud di beberapa cawangan di sekitar Batu.Contohnya Ketua Cawangan tidak 'ngam' dengan Ketua Pemuda dan sebgainya.Penulis melihat benda ini dengan serius kerana merasakan adalah penting bekerja didalam satu pasukan didalam menjayakan sesuatu agenda pergerakan seterusnya menarik kembali minat UMNO terhadap anak muda ini.Satu methodolgy harus digunakan bagi mendekatkan diri kita kepada pemuda, dan pemuda harus mencari mekanisme penting didalam mendekatkan diri dengan golongan atasan ini.Pada hemat penulis satu gerakan harus dilakukan supaya ia dijadikan garisan paralel didalam memantapkan institusi UMNO secara amnya.Ada yang bertanya dengan penulis, Ketua Pemuda ini tidak boleh menerima cara Ketua Cawangan ini dan Ketua Cawangan ini tidak boleh menerima cara Ketua Pemuda.Adakah kerana Ketua Pemuda tidak menyokong Ketua Cawangan ketika pemilihan tempoh hari atau sebaliknya.

Penulis melihat sebagai orang yang berpengalaman sepatutnya Ketua Cawangan harus memainkan peranan yang penting bagi menjadi orang tengah untuk menutrealkan situasi,bukan menjadi batu api sekira berlakunya masalah.Penulis membidas perkara ini sekiranya berlaku kepada cawangan ini.Adalah sesuatu yang tidak adil sekiranya ia terus mempersalahkan pemuda sekira mereka tidak 'digunakan'.Mungkin ada sedikit perasaan sombong dengan jawatan yang dipegang agaknya.Harus diingatkan pemuda bukanlah kuli tetapi mereka ini merupakan pemangkin kepada masa depan negara.Jangan terus dimomokkan dengan perkara2 yang retorik.Pemuda pada masa kini akan terus kehadapan walaupun dihembur kata-kata kesat.

Penulis juga ingin mengingatkan kepada semua kita akan terus berdiri teguh dibelakang Ketua Pemuda kita iatu Sdr Mohd Nizham sekiranya ia berlaku di cawangan ini.Tidak pernah kita melihat beliau 'melompat' walaupun dicaci dimaki oleh pihak pembangkang ataupun ahli UMNO sendiri.Sekiranya ia terjadi juga kita akan terus bersama-sama KP kita untuk terus menjulang institusi ini dimana yang penting bagi pemuda ialah parti bukan nya individu..

Hidup Ham!!!Hidup UMNO

Ikhlas
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman Melewar

Sunday, January 24, 2010

PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA



Buat julungkalinya Taman Melewar telah di gegarkan dengan kedatangan YB Hj Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO M'sia didalam program ramah mesra bersama pemimpin. Seperti yang sedia maklum Taman Melewar satu ketikanya merupakan kubu kuat pembangkang kini sudah dapat di tembusi UMNO terutamanya Pemuda mereka yang begitu bersemangat dengan kedatangan YB Khairy Jamaluddin. Kain dibentang, serunai dibunyikan,akan kami tentang, PR habis-habisan. Itulah ungkapan pemuda Taman Melewar yang penulis dengar di kala majlis bermula. Program ini juga memberi semangat kepada pemuda-pemuda di sekitar Batu kerana ia merupakan satu program dimana pemimpin turun kebawah berjumpa dengan akar umbi seperti yang dikehendaki pucuk pimpinan parti lebih-lebih lagi kemungkinan pilihanraya kecil di Batu.
YB Tian Chua bila-bila sahaja mungkin akan dijatuhkan hukuman kerana kesalahan menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas. Penulis mengambil kira kedudukan Batu yang strategik ditengah-tengah kota, program yang sebegini rupa harus dilakukan supaya ia menjadi pemangkin pada kekuatan UMNO dan seterusnya meneruskan momentum rakyat untuk beralih sokongan ke Barisan Nasional. Perlu diingat kekuatan pada Pakatan Pembangkang ialah 'cerita dongeng si labu labi'. Program sebegini boleh menunjukkan kepada rakyat bahawasanya kerajaan Barisan Nasional bukan retorik dan bukannya 'populist'. "Talk without action" selalunya dimulakan oleh pembangkang, jika kita tidak percaya kita lihatlah sekiranya ada PRK nanti, fitnah maki hamun akan menjadi resipi kepada parti pembangkang. Marilah kita berfikir dari segi akal yang rasional dimanakah kelebihan Tian Chua di Batu???Apakah 'contribution' beliau sebagai YB di Batu???
Penulis berpandangan sekiranya di beri peluang pada Barisan Nasional maka insyaallah Batu akan dimajukan dengan lebih giat dan bukan hanya dari segi infranya, bahkan dari segi rohani dan jasmani secara total. Dan dengan ini penulis ingin mengambil peluang untuk menyatakan, Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Taman Melewar dibawah kepimpinan Sdr Mohd Nizham Abdullah Hamidi bersedia bila-bila masa sekiranya pilihan raya kecil diadakan di parlimen Batu. Barisan Nasional akan kami pastikan kemenangannya memandangkan peti undi adalah di Taman Melewar sendiri.

Ikhlas
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman Melewar

Thursday, September 24, 2009

JOB SEEKERS

Fresh Graduates (Diploma/Degree), SPM Leavers
(Kuala Lumpur - Kelana Jaya, KL Sentral, Petaling Jaya, Cyberjaya)

Responsibilities:
1) Administration
2) Accounting and Finance
3) Customer Service
4) Call Center
5) IT Helpdesk Specialist
6) Banking sales
7) Business Development/Marketing/Sales
8) Researcher
9) Pharmacist
10) Telesales

Requirements:

Candidate must possess at least a Higher Secondary/STPM/"A" Level/Pre-U, Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma, Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma, Professional Degree, any field.

Applicants must be willing to work in Kelana Jaya,KL Sentral,Petaling Jaya,Cyberjaya.
Fresh graduates/Entry level applicants are encouraged to apply. 100 Full-Time, Part-Time, Contract and Temporary position available.

Walk in interview:-

Monday till Friday
9.30am to 4.30pm
Volt Asia Enterprise (M) Sdn Bhd
Lot 8 & 9, 1st floor, Kompleks Antarabangsa
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
Tel:03-21418658

Wednesday, September 16, 2009

Arak, Zakat dan Ronnie Liu

SYABAS Dr. Hassan Ali. Setelah sekian lama menyepi, tak kisah, buat- buat tak nampak, akhirnya Dr. Hassan, bekas pakar motivasi RTM, mula bersuara. Selama ini, mungkin beliau ‘mahu menjaga hati’ rakan-rakan DAPnya.Tapi kini nampaknya hatinya sendiri sudah dirobek. Atau mungkinkah beliau didesak oleh ahli-ahlinya sendiri yang sudah tidak tertahan dengan gelagat DAP yang mulai bermaharajalela di Selangor ini.

Kasihan orang Shah Alam. Ia adalah bandar Melayu yang kini mula dikuasai puak-puak DAP. Sejak kerajaan pakatan ini memegang tampuk pemerintahan, banyak peristiwa yang tidak terfikir oleh orang Shah Alam telah berlaku. Mana ada dalam sejarah Shah Alam orang berdemo memegang lilin. Ia berlaku apabila salah seorang pemimpin DAP mati terjatuh dari bangunan SPRM dua minggu lalu.Yang menyedihkan, demo pegang lilin itu berlaku hanya kira-kira 200 meter dari masjid besar berwarna biru yang menjadi mercu tanda kesucian Islam warga Shah Alam. Ikut pandangan ulama (bukan Nik Aziz), demo pegang lilin untuk memperingati orang mati itu adalah haram. Tapi kini ia berlaku di bandar raya kemegahan (satu masa dulu) orang Melayu. Di situlah terletaknya institusi ulung orang Melayu iaitu, UiTM – yang pernah disyorkan oleh kerajaan pakatan semasa mula memerintah Selangor, supaya dibuka kepada semua.

Nampaknya orang Shah Alam yang dulu begitu ghairah memberi undi kepada DAP, PKR dan Pas kini terpinga-pinga. Apa sudah jadi?Penjual arak kini dibela oleh pemimpin DAP Ronnie Liu untuk diniagakan di sebuah kedai di Jalan Liku, Seksyen 8 Shah Alam. Menurut laporan akhbar semalam, Ronnie sendiri mengakui menggunakan kuasanya sebagai Exco Kerajaan Negeri mengarahkan arak yang dirampas oleh penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dipulangkan kembali ke kedai tersebut.Wahai Ronnie cuba lihat di sekeliling seksyen 8 itu siapa yang menghuni di situ? Saya sendiri ialah warga Shah Alam yang telah tinggal dan belajar di situ sejak 25 tahun lalu. Saya lebih tahu siapa yang paling banyak menghuni di situ. Kira-kira 97 peratus ialah orang-orang Melayu – yang pada pilihan raya umum lalu memberi undi kepada pakatan saudara.

Semua mereka adalah orang Melayu. Jika di Malaysia orang Melayu ialah orang Islam dan orang Islam tidak minum arak kerana arak itu adalah haram seharam-haramnya macam makan babi juga. Apakah Ronnie yang hidup di Malaysia ini tidak faham?Saya tidak pasti di mana Ronnie atau anggota Exco DAP lain yang kini berada di Shah Alam tinggal sebelum pilihan raya dulu? Apakah mereka ini hidup dikelilingi orang-orang Melayu? Atau hanya dikelilingi oleh bangsa mereka sahaja? Jika saudara hidup dengan orang Melayu, bersekolah Melayu mestilah saudara faham adat resam orang Melayu dan umat Islam.Saya sedih (dan marah) kerana saudara Ronnie tidak sensitif langsung dengan isu orang Melayu dan umat Islam.

Ronnie juga tidak sensitif apabila ‘turut campur tangan’ dalam operasi arak dan maksiat oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah premis di Bandar Sunway beberapa hari lalu. Kenyataan itu bukan dibuat oleh saya (yang terdedahkan dengan saman), tapi oleh Dr. Hassan sendiri. Mungkin kerana sudah ‘tidak tertahan’ Dr. Hassan mendesak Menteri Besar menarik balik portfolio Ronnie sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan. Ronnie dikatakan sering saja campur tangan dalam tugas PBT hingga menyukarkan penguatkuasaan dijalankan.
Tahniah sekali lagi Dr. Hassan. Saudara sudah mula bersuara.

Sebagai seorang bapa, saya tidak mahu anak remaja saya didedahkan dengan minuman arak atau mendekatinya. Saya juga tidak mahu anak saya terikut-ikut dengan budaya Kristian memegang lilin apabila ada kematian kelak. Saya tidak kisahlah jika ada orang Melayu lain yang mengikuti fahaman pakatan, tapi saya tidak sangggup melihat Ronnie atau sesiapa pun terus mencemarkan kesucian agama Islam yang saya anuti selama ini.Selepas isu ‘underworld’ yang dikaitkan dengan kongsi gelap, isu Teoh Beng Hock, satu demi satu isu berat terus berlaku di Selangor. Isu wang zakat yang mahu dikongsikan untuk semua juga timbul dalam masa-masa kekelutan di Selangor sekarang.Apakah orang Islam Selangor setuju supaya wang zakat (yang kita potong dari kantung gaji kita tiap-tiap bulan itu) dikongsi bersama-sama? Jika bersetuju saya tidak tahulah. Mungkin puak-puak pakatan bersetuju, saya juga tidak tahulah.
Wahai Menteri Besar Selangor yang bijaksana, di mana pertimbangan saudara? Saya hanya mahu wang zakat saya disalurkan kepada lapan asnaf yang telah ditetapkan oleh Islam. Saya tidak tahulah jika wang zakat tuan Menteri Besar mahu diagih-agih kepada semua?
Jika Selangor sudah tidak cukup peruntukan seperti yang disebut iaitu kira-kira RM300 hingga RM500 juta setahun carilah dari punca yang lain. Saya syorkan pungutlah dari punca-punca perjudian, rumah-rumah urut, spa, rumah persundalan yang – menurut ketua pembangkang kena gantung Dr. Khir Toyo – tumbuh bercambah-cambah bagai cendawan di Selangor sekarang. Ia boleh ditukar menjadi ‘sin taxes’ (cukai dosa) daripada aktiviti-aktiviti seperti itu. Mengapa singkatnya akal mahu mengambilnya dari wang zakat. Orang Melayu di Selangor kan banyak yang miskin.

Satu lagi syor saya ialah majukanlah Selangor ini seperti yang telah dilakukan oleh menteri-menteri besar yang terdahulu. Apakah baru setahun memerintah, sudah beralah sehinggakan wang zakat pun mahu diambil? Dengar kata saudara ialah bekas CEO yang hebat dulu?
Apa akhirnya akan berlaku kepada negeri yang paling maju di Malaysia ini hanya Allah SWT sahaja yang tahu.Dan bagi Shah Alam ia sebenarnya sudah mulai dirobek sedikit demi sedikit. Sebagai warganya, saya sudah mula menghidu baunya dan unsur-unsurnya pun sudah kelihatan. Namun yang sedihnya warga Melayu di dalamnya masih belum sedar.


Oleh Zaini Hassanzaini.hassan@utusan.com.my

Sunday, September 13, 2009

Kerajaan PAS Kelantan Nafi Hak Rakyatnya

KOTA BAHARU, 13 Sept (Bernama) — Kerajaan PAS Kelantan telah menafikan hak 2,000 peneroka Kelantan untuk mendapatkan tanah dan meningkatkan pendapatan mereka apabila mengambilalih tanah tanaman sawit yang diusahakan Felcra Berhad, kata Pengerusi Felcra Berhad Datuk Tajudin Abdul Rahman.

Beliau berkata tanah termasuk tanaman di beberapa kawasan seluas 4,000 hektar bernilai RM200 juta itu diusahakan Felcra bagi rakyat Kelantan menambah pendapatan dan mencari peluang pekerjaan melalui tanaman sawit.

Katanya melalui hasil perolehan sawit itu, ia mampu memberikan pulangan RM17 juta setahun kepada peneroka yang menyertai program itu.“Matlamat kita membuka kawasan itu pada 1982 untuk menyediakan tanah dan kerja untuk rakyat Kelantan. Tetapi geran tanah pada masa itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.“Selepas kita siap memajukan tanah-tanah berkenaan, kita menunggu kerajaan negeri memberikan nama peserta projek itu tetapi setelah sekian lama, mereka tidak serahkan sebaliknya mereka yang ambil alih,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan dividen kepada peserta Felcra, di sini pada hari Ahad.
Tajudin berkata tanah berkenaan yang dimajukan Felcra itu terletak di Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas.

Beliau berkata Felcra, yang mengusahakan tanah mengikut skim pembangunannya, ketika itu percaya kerajaan negeri akan mengagihkan tanah kepada peserta yang dipilih mereka.
“Kita (Felcra) tidak meminta geran tanah kerana kerajaan negeri sepatutnya mencari peserta dan menyerahkan geran itu kepada peserta selepas kita (Felcra) selesai membangunkan kawasan itu,” katanya.

Sebaliknya tanah itu diserahkan kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk dimajukan dan bukan kepada peserta pada Januari 2008, katanya.

“Jadi kerajaan negeri telah menidakkan hak rakyat Kelantan yang tidak ada kerja mahupun yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan tanah serta peluang rezeki yang sepatutnya mereka dapat.“Kerajaan negeri nampaknya tidak berminat untuk memberikan kepada rakyat tetapi mereka ada agenda mereka,” katanya.
– BERNAMA

Friday, September 11, 2009

ANWAR IBRAHIM MEMANG LIDAH BERCABANG

Tempoh hari, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang dituduh pengkhianat bangsa cuba ‘cover’ balik dengan menekankan belang ke-Melayuannya. Pada satu ceramah di Dewan Tow Boo Keong, Ipoh di hadapan rakyat Malaysia berbangsa Cina, dia seperti biasa meniup semboyan kesaksamaan dengan kata-kata indah yang pengisiannya sendiri tak tentu arah. Di hadapan penyokong-penyokong DAP dia dengan penuh bangga memuji kepimpinan DAP dan menyebut bahawa dia baru sahaja tamat mengadakan perjumpaan yang panjang bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapaknya yang celaka Lim Kit Siang. Dalam ceramah itu, Anwar berkata seolah-olah dia dan DAP sahabat saudara seperjuangan. Maklumlah, nak menang undi Cina dan India macam-macam depa dah janji sampaikanhubungan kaum Melayu dan bukan Melayu rosak sebab si pengkhianat ini (pada saya Anwar bukan sahaja pengkhianat Melayu tetapi pengkhianat negara kerana akibat dia orang Melayu dan bukan Melayu mula saling mencurigai). OK, takpa kalau depa nak janji langit dan bumi kepada kaum bukan Bumiputra, dan tidur sebantal dengan DAP– itu kita dah lama tahu.

Tapi beberapa jam selepas ceramah di Dewan Tow Boo Keong itu, Anwar bergegas ke Surah Nurulhuda Batu 6, dan berceramah pula di hadapan orang Melayu. Wah, di situ lain pula mesejnya. Anwar dengan lantang menyebut “Saya akan berpisah dengan DAP kalau DAP mencabar kedudukan istimewa Melayu, Raja-raja Melayu dan Bahasa Melayu. Tiada langsung pengagungan terhadap DAP – malah di hadapan orang Melayu Anwar cuba nak tunjuk dia tidak berapa senang dengan DAP. (Lihat laporan Malaysian Insider di sini).Inilah dia sikap seorang ahli politik yang lidah bercabang, hipokrit dan tidak punya idealisme atau pegangan yang tetap. Depan kumpulan lain, cakap benda lain.

Siapa mungkin lupa, dahulunya Anwar menjadi wira muda ABIM dan membina reputasi sebagai jaguh Melayu yang memegang mantera Melayu sampai ke kubur. Lepas dah kena tendang keluar UMNO, dia tidak teragak-agak menukar belang mengutuk konsep Ketuanan Melayu dan mencaci-cerca UMNO, parti yang telah membawanya sampai ke tahap Timbalan Perdana Menteri pada umur yang sangat muda pada waktu itu. Selesainya PRU-12 yang menampakkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat hasil janji-janji manis tentang penurunan harga minyak, serta slogan-slogan menggodakan seperti “Ketuanan Rakyat” dan “Merdeka dari kesengsaraan BN”, Anwar semakin berani mengorak langkah bagi menjana “Harapan Baru” di mana Kontrak Sosial tidak lagi dihormati.

Tetapi kini, setelah Anwar berbulan-bulan menyepi dan tidak member komen mengenai isu-isu kontroversi (sebab takut) seperti isu kebiadapan Karpal Singh, isu tanah di Perak, isu Hudud, isu arak di Selangor mahupun isu kuil di Shah Alam baru-baru ini, Anwar sudah mula merasakan impiannya ke singgahsana Putrajaya mungkin terkubur. Orang Melayu yang menyokong PAS dan Pakatan Rakyat sudah mula curiga akan motif sebenar DAP, dan trend pilihanraya kecil kebelakangan ini menampakkan sudah ada peralihan kembali sokongan orang Melayu dan orang muda kepada UMNO/BN.

Orang Cina yang menyokong DAP pula semakin khuatir terhadap motif PAS untuk mewujudkan undang-undang Hudud yang sudah pasti tidak disenangi mereka. Memang benar, penyokong tegar DAP takkan mengundi BN, tetapi sedikit demi sedikit, golongan Cina yang tidak ekstrimis DAP juga akan menyedari bahawa BN menjanjikan jalan tengah yang terbaik. Kita perlu ingat, sejak Merdeka lagi Cina melihat bahawa lebih elok lagi mengundi UMNO dari PAS – cuma sejak PRU-12 sahaja mereka mula menguji atau ‘eksperimen’ dengan PAS, dan orang Cina sudah mula sedar kesilapan eksperimen tersebut. Semakin lama PAS dalam Pakatan Rakyat, dan kekal dengan agenda Hududnya, semakin ramai orang Cina akan teragak-agak mengundi mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat, termasuklah DAP.

Sudah terancam dengan perkembangan ini, dan terasa panas dek serangan dari YAB TPM sendiri, rasanya Anwar dah mula getar. Dia kembali ke strateginya yang biasa – ceramah ceramah, dan ceramah. Memang diakui kepetahannya berpidato memukau pendengar dan masuh tidak dapat ditandingi lagi – kecuali mungkin Tan Sri Anuar Musa. (Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin juga nampak potensi sekiranya dia boleh tambah sikit lawak jenaka dalam ceramahnya dan menggunakan nada yang tidak terlalu ‘keras’). Tetapi kali ini, mesej Anwar bercanggah dalam satu ceramah dengan satu ceramah yang lain. Sudah mula terserlah panik si Anwar ini, dan rakyat Malaysia wajar menyedari hakikat bahawa Anwar adalah seorang individu yang tidak mempunyai apa-apa pegangan sebenar. Apa yang diingini adalah kuasa dan menjadi PM, tak kiralah apa mesej pun.

Sekurang-kurangnya bangsat-bangsat dalam DAP tu konsisten dengan pendirian mereka. Tetapi manusia bernama Anwar Ibrahim ini adalah satu ‘chamelon’ yang menukar-nukar topeng mengikut situasi. Inilah yang kita panggil pengkhianat.

Monday, August 31, 2009

Pilihan raya kecil DUN Kota Seputeh? SPR putuskan Selasa ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah iaitu sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil. SPR mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan diadakan pilihan raya kecil.

“Kita akan bincang semua aspek secara menyeluruh, mempertimbangkan dari segi perundangan dan dari segi moral tetapi lebih kepada soal undang-undang,” katanya lagi. Jika diputuskan wujud kekosongan sudah pasti pilihan raya kecil akan diadakan, kata beliau. SPR telah mengadakan pilihan raya kecil yang kelapan pada 25 Ogos lalu – sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008. Sehubungan itu, kata Aziz, pihaknya akan memaklumkan keputusan SPR kepada Speaker Kedah.

“Oleh kerana Speaker telah menulis surat kepada kami, kami akan memaklumkan Speaker hasil keputusan mesyuarat khas ini… mesyuarat ini hanya membincangkan isu kerusi Kota Seputeh,” kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi. Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif – dari Umno-BN – digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang DUNtanpa kebenaran Speaker. Oleh itu, SPR telah meminta pandangan penasihat undang-undangnya dan juga Jabatan Peguam Negara mengenai isu berkenaan.

Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu. Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan. Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi.

Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi. Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melahirkan harapan agar SPR akan mempertimbangkan keadaan Abu Hassan yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya. Muhyiddin berkata, SPR yang mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah bahagian pilihan raya, sebagaimana disaksikan di Perak Februari lalu, akan ambil kira pertimbangan itu.

“Bagaimanapun kita akan akur dengan keputusan SPR, kita selalu akur dengan keputusan SPR, mana ada yang kita tidak akur,” kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN. Dalam pada itu, Wan Ahmad ketika dihubungi pagi tadi memberitahu mStar Online bahawa semua dokumen berkaitan dengan isu berkenaan sudah sedia ada. “Semua dokumen, pandangan dan maklum balas sudah diterima. Kita hanya perlu mengadakan mesyuarat dan menentukan status kerusi ini,” katanya.