Friday, November 28, 2008

PERJUMPAAN UMNO DENGAN BLOGGERS

Mesyuarat yang di adakan di Hotel Seri Pacific berjalan dengan lancar. Penulis ingin memaklumkan bahawa mesyuarat kelmarin merupakan preliminary round yang dilakukan oleh pihak tertinggi UMNO. Pihak tertinggi UMNO ingin mendapatkan overview mengenai senario siber hari ini.Isu yang dibincangkan lebih berbentuk universal iaitu berwadahkan Malaysia dan agama Islam. Penekanan juga di berikan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan bangsa Melayu.Penulis bersetuju bahawa mesyuarat itu tidak melibatkan jumlah bloggers yang ramai.

Penulis bersama anda mengenai perkara ini.Di dalam mesyuarat itu, penulis telah mencadangkan kepada pihak tertinggi UMNO supaya mengadakan mesyuarat mengikut zon seperti utara, selatan dan timur. Tujuannya mudah iaitu supaya UMNO dapat mengadakan perjumpaan dengan lebih ramai lagi bloggers yang aktif mengambil serta di dalam sessi brainstorming.Penulis kenal ramai rakan bloggers yang kritis dan selalu membincangkan isu-isu dengan positif serta membina dan penulis mahu mereka turut dijemput ke mesyuarat utama yang akan datang. Pastinya, mesyuarat akan menjadi lebih signifikan dengan input-input konstruktif yang lebih banyak.Beberapa lagi cadangan dan kritikan telah penulis lontarkan kepada pihak UMNO dan penulis pasti kritikan penulis itu dikongsi bersama oleh anda semua.Bloggers lain juga telah memberikan pandangan mereka. Di antaranya ialah Sang kelembai, UMNO-reform, Depa-kata, Razlan, MyKMU dan cybertroopers. Anda boleh membaca ulasan mereka di blog mereka.Seperkara lagi, penulis ingin menegaskan di sini bahawa kami bukan 'bloggers yang rela mulut mereka ditampal dan kaki mereka diikat' seperti yang didakwa oleh rakan kita di dalam komentar artikel sebelum ini.Semua bloggers menyuarakan kritikan yang keras dan pedas mengenai kepimpinan dan gerak kerja kepimpinan UMNO hari ini.

Tetapi cara to send the message across the other side perlu melambangkan kematangan kita , berdiplomasi dan rasional.Yang paling penting ialah mesej kita dapat diterima, dihadam dan tindakan yang serius dijalankan.Kami juga menekankan kepada pihak UMNO hak kami sebagai Non-Government Individuals (NGI) yang bebas untuk bersuara termasuk mengkritik kerajaan dan UMNO selagi ianya matang, berasas dan positif.Kesimpulan yang penulis perhatikan ialah pihak tertinggi UMNO telah mulai sedar tentang kepentingan siber. Mereka juga serius untuk menggunapakai siber sebagai salah satu alat komunikasi utama kepada rakyat.Penulis berharap segala yang dicadangkan akan dilaksanakan dan follow-up mesti dilakukan. Jika tidak, ianya sekadar hiasan yang tidak bernilai dan retorik politik yang memualkan.



Mohd Nizham B Abdullah Hamidi
KP Caw. Tmn Melewar

Thursday, November 27, 2008

Chua: Kita tidak terima Ketuanan Melayu...Politik Murahan Chua Soi Lek

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah.Katanya slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi."Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu," katanya dalam ucapan penerimaan Anugerah Kancil di Petaling Jaya hari ini."Bila kita berkata tolak 'Ketuanan Melayu', kita bukannya mencabar hak-hak istimewa orang Melayu. Ianya terkandung dalam perlembagaan kita dan tiada siapa pun boleh mengenetapikan pada masa ini."

Dalam cara yang sama, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Statusnya dilindungi dalam perlembagaan, dan tiada siapa pun yang boleh mengubahnya," kata Chua.Beliau berkata, status tersebut diterima dan dihormati, maka "bila kita belajar bahasa lain atau memasang papan tanda dalam bahasa lain, ianya bukan mencabar status bahasa kebangsaan kita".Sehubungan itu, Dr Chua menegaskan pentingnya mengubah pemikiran rakyat Malaysia supaya tidak menguasai 'satu bahasa' sahaja dalam dunia globalisasi IT."Kita perlu berdayasaing tinggi. Maka meningkat pembelajaran dan penguasaan adalah mengenai memperkayakan tenaga kerja kita, bukan (bermaksudn) lain," tambahnya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia mesti berubah dan kurang bersikap konfrontasi, kontroversial, emosi dalam isu-isu yang melewati batasan perkauman."Jika kita menjadi kurang emosi/konfrontasi dan lebih objektif, maka suhu politik di Malaysia akan lebih 'normal'."Mesti ada lebih konsensus, lebih bertolak ansur dan lebih asas kesaksamaan; bukan hubungan Tuan dan Hamba."Hak semua masyarakat terkandung dalam perlembagaan. Para pemimpin tidak semesti tahu semuanya. Mungkin hanya yang terbaik untuk mereka dan bukannya untuk rakyat," katanya.Satu lagi perubahan yang diperlukan, katanya ialah bagi rakyat Malaysia berfikiran seperti rakyat Malaysia dan kurang berdasarkan garis perkauman.

Pemuda TM berpendapat ini merupakan satu retorik kosong yg cube di main kan oleh Dr Chua. Apakah Dr Chua mengambil kesempatan dp kelemahan UMNO pd ms kini? adakah beliau sedar asal nya?tidak kah beliau sedar Malaysia ini di dalam Gugusan Kepulauan Melayu?adakah beliau sedar sebelum negara ini di namakan Malaysia, nama bagi negara ini ialah Persekutuan Tanah Melayu,Malaya? Adakah minda beliau tidak boleh menerima kenyataan, contohnya negara THAI, THAI"LAND" dan cuba bayangkan dan ia fakta yg tidak boleh di ubah. Tidakah beliau tahu LEGENDA di Filipina, JOSE RIZAL juga merupakan orang melayu??? Ini menunjukkan negara ASEAN ini di rangkumi GUGUSAN KEPULAUAN TANAH MELAYU. Adakah beliau masih tidak sedar lagi??!!!!ataupun pura2 tidak tahu??!!!Pemuda TM merasakan untuk menjadi BANGSA MALAYSIA, Dr Chua harus menjwab 3 perkara PENTING ini;

1) Untuk menjadi BANGSA MALAYSIA, kami mencabar beliau MEMBUBARKAN & MENUTUP sekolah jenis kebangsaan(SJK) di Malaysia dan di gantikan dengan SEKOLAH KEBANGSAAN(SK). 1 aliran sahaja!

2) Untuk menjadi BANGSA MALAYSIA, kami mencabar beliau penggunaan penuh bahasa kebangsaan iatu BAHASA MALAYSIA sbg medium harian. Didalm perlembagaan Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan ia sepatut nya digunakan oleh semua kaum di Malaysia. Jgn ade lagi istilah LU GUA BINI LU GUA .....

3) Dimanakah Ah CHong & Ramasamy semasa PMERINTAHAN British? DATo Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Maharajalela, Tok Sagor dan pahlawan melayu yg lain.Adakah beliau tidak kenal dengan mereka2 ini. Dimanakh kesedaran sejarah beliau????Dimanakah AH Chong yg di bangga2 kan.

Jangan dengan hanya 'berlakon' sbg 'pelakon' GRAMMY anda boleh berbangga. Sedarlah anda cuba menidakkan fakta & sejarah dan kepentingan anda cuma untuk menjadi JUARA bg kaum anda dengan cube mengelirukan masyarakat. PEMUDA TM membantah sekeras2 nya kenyataan DR CHUA SOI LEK didalam MALAYSIAKINI!!!

HIDUP MELAYU!!!!HIDUP MELAYU!!!!
HIDUP ISLAM!!!!!HIDUP ISLAM!!!!
HIDUP UMNO!!!!!

Pergerakan Pemuda UMNO Tmn Melewar

Wednesday, November 26, 2008

Sokongan Wanita Umno Johor Berpecah...

Selepas selesai mesyuarat bahagian pada 9 November lalu, hanya bahagian Kulai yang mencalonkan Datuk Shahrizat Abdul Jalil bertanding jawatan ketua pergerakan itu, manakala 25 lagi mencalonkan Tan Sri Rafidah Aziz.Bagaimanapun, selepas Shahrizat mengumumkan akan mencabar Rafidah, kini lebih 10 ketua Wanita bahagian di Johor beralih sokongan kepadanya.Menurut Naib ketua Wanita Umno Johor, Senator Sharifah Azizah Syed Zain berkata kini jelas bahawa Wanita Umno negeri itu telah berpecah dua."Satu kumpulan kecil lagi yang dianggarkan tiga atau empat ketua Wanita bahagian, tidak menyebelahi mana-mana pihak," kata beliau yang juga exco Wanita Umno.Oleh itu, katanya, adalah tidak benar untuk mengatakan bahawa Wanita Johor memberi sokongan padu kepada Rafidah untuk mengekalkan jawatan ketua Wanita.Menurutnya, kini hampir separuh ketua bahagian Wanita di Johor memberi sokongan kepada Shahrizat dan momentum ini dijangka kekal sehingga pemilihan Mac depan.Sharifah Azizah berkata, sebenarnya banyak bahagian yang mahu mencalonkan Shahrizat untuk jawatan ketua Wanita tetapi tidak berbuat demikian kerana menghormati pelan peralihan kuasa pergerakan itu.

Selepas 191 bahagian selesai bermesyuarat, Rafidah mendapat 118 pencalonan untuk mempertahankan jawatan ketua Wanita, manakala Shahrizat pula mendapat 73 pencalonan bagi jawatan tersebut."Kita mencalonkan Tan Sri Rafidah kerana Datuk Seri Shahrizat sendiri yang mahukan bahagian-bahagian Wanita Johor mencalonkan bekas menteri perindustrian dan perdagangan antarabangsa dan industri itu, untuk jawatan ketua Wanita," katanya. Shahrizat sendiri, kata Sharifah Azizah, tidak mahu namanya dicalonkan untuk jawatan ketua Wanita kerana menghormati pelan peralihan kuasa dalam pergerakan tersebut, termasuk tiada pertandingan bagi jawatan ketua dan naib ketua.
"Ketika itu, semua ketua Wanita di Johor menyokong penuh peralihan kuasa antara Tan Rafidah dengan Datuk Seri Shahrizat kerana tidak ada calon lain yang bertanding jawatan naib ketua Wanita."Nama Datuk Kamalia Ibrahim yang menawarkan diri bertanding jawatan naib ketua Wanita sebenarnya bukan pilihan Wanita Umno," katanya lagi.

Tuesday, November 25, 2008

PERJUMPAAN BLOGGERS-UMNO

Pada ketika ini, penulis sedang berada di PWTC, menunggu mesyuarat di antara para bloggers dengan UMNO yang bertempat di Seri Pacific Hotel, bersebelahan PWTC.
Mesyuarat akan di adakan pada pukul 11 pagi ini untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit mengenai blogs dan bloggers.

Penulis adalah salah seorang daripada bloggers yang dijemput hadir ke mesyuarat ini. Beberapa bloggers juga telah dijemput hadir. Penulis akan menulis dengan lebih terperinci mengenai mesyuarat ini.

Terima kasih

Mohd Nizham B Abdullah Hamidi
KP Caw. Tmn Melewar.

Snippets : Obama...Oo..Obama


BANGSA & MELAYU DI NUSANTARA







Tanpa kehormatan bangsa, tanpa digniti bangsa, tidak akan ada kebanggaan berbangsa dan bangsa itu akan lenyap dengan sendirinya - Catatan sejarawan AsiaKesinambungan dunia Melayu terus mendapat perhatian para sejarawan, gembong politik dan pelbagai pihak lain setelah dan manakala mengalami proses perubahan sosial dan cabaran demi cabaran serta perubahan sikap berikutannya.Menarik perhatian kini ialah ulasan dan analisa politik dalam bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan India berikutan pilihan raya umum pada bulan Mac lalu dan juga pilihan raya Amerika Syarikat (AS) yang membawa kemenangan kepada Barack Obama dari golongan minoriti untuk jawatan Presiden.Seperti telahpun dicatat, tamadun dunia Melayu meliputi gugusan kepulauan Melayu (Malay Archipelago).

Antara catatan penting itu ialah:1400: Lahirnya Melaka oleh Parameswara1409: Laksamana Cheng Ho dari negara China mengadakan hubungan diplomatik.1410: Maharaja China dari Dinasti Ming mengiktiraf kedaulatan Melaka.1446: Wujudnya Kesultanan Melaka yang kemudian menjadi pusat perkembangan agama Islam di rantau Asia Tenggara.1511: Portugis menawan Melaka1641: Belanda menawan Melaka1824: Inggeris memperoleh Melaka dari Belanda melalui satu perjanjianDiulangi: Portugis memerintah dari 1511 hingga 1641, Belanda dari 1641 hingga 1824 dan Inggeris dari 1824 hingga 1957.

Turut ditakluki ialah India dan China.Juga disebut bahawa selama penjajahan kuasa-kuasa Barat itu, orang Melayu terus dan tetap beragama Islam. Beberapa penulis Portugis menyebut betapa agama Islam diajar dipelbagai masjid, surau dan madrasah, rumah para pembesar negeri serta juga istana, oleh orang Melayu. Dalam pada itu pengembang-pengembang agama lain cuba bertapak tetapi tidak ada orang Melayu menyertai mereka.Turut memperteguh pendirian Melayu ialah bahasa mereka yang juga dipanggil bahasa Jawi. Hal ini disebut, antara lainnya oleh Profesor Dr. Teuku Haji Ibrahim Alfian dari Universiti Gajah Mada atas mauduk Sejarah Dan Jati Diri Rumpunan Melayu (Indonesia). Lalu beliau mencatat hal-hal berikut:BerkunjungJan Huygen Van Linschoten, seorang petugas Belanda pada abad ke-16 berkunjung ke Nusantara dan menyaksikan betapa bahasa Melayu terkenal di dunia Timur dan dianggap orang bahasa yang baik “.... siapa di Hindia (Indonesia) tidak tahu bahasa ini, dia tidak boleh mengikut, seperti pada kita bahasa Perancis.”Ada banyak pakar dan tokoh sama ada pribumi mahupun asing yang telah mengemukakan pendapat mereka mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa yang diperlukan untuk penduduk di kepulauan Nusantara pada masa depan.S. Surya Ningrat yang kemudian terkenal dengan nama Ki Hajar Dewantara mengemukakan di negara Belanda (tahun 1916) bahawa kedudukan bahasa Melayu adalah lebih daripada bahasa-bahasa daerah lain untuk kemajuan bangsa Indonesia.Muhammad Yamin dalam pidatonya dalam bahasa Belanda dalam Kongres Pemuda Indonesia pertama pada tahun 1926 menyatakan: “Kepandaian bahasa Melayu akan memberi kesempatan kepada siapa sekalipun untuk bergaul dengan bangsa Jawa, Sunda, Melayu dan Arab, yang setiap hari menjadi teman berbicara.... Dalam ekonomi perdagangan dan dalam dunia politik, bahasa Melayu mendapat kedudukan pertama.

"Bahasa Melayu atau Jawi yang terjelma inilah yang diangkat oleh para pemimpin pergerakan nasional Indonesia menjadi bahasa Indonesia yang akhirnya setelah proklamasi kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945 menjadi bahasa negara Indonesia.” Demikian antara catatan Profesor Ibrahim Alfian.Dalam sebuah buku lain mengenai sejarah Indonesia dinyatakan hal berikut: “Belanda menggunakan bahasa Melayu, bukan bahasa Belanda sendiri atau bahasa Portugis, manakala berbicara dengan orang-orang Indonesia di pasar, dalam rundingan-rundingan dengan pihak istana, di tempat-tempat kerja, dalam acara-acara agama dan dalam pelbagai buku.”Berkaitan dengan tamadun dunia Melayu dan kesinambungannya ialah buku berjudul The Population of Malaysia oleh Profesor Saw Swee Hock yang telah berkhidmat di Universiti Malaya, Universiti Hong Kong dan Universiti Singapura.Buku diterbitkan oleh Institut Pengkajian Asia Tenggara, Singapura (2007). Antara lain pada bahagian akhirnya disebut: Bilangan warga Bumiputera dijangka meningkat dari 65.9 peratus pada tahun 2005 hingga 72.1 peratus pada tahun 2035.Bilangan warga Cina akan menurun daripada satu suku (25.3 peratus) kepada satu perlima (20.0 peratus) pada waktu yang sama. Bilangan warga India juga akan menurun dari 7.5 peratus kepada 6.6 peratus. - Mazlan Nordin (Utusan Malaysia).

Sunday, November 23, 2008

Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi hujung bulan ini


"Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi hujung bulan ini - daripada RM2 seliter sekarang kepada RM1.85 seliter. Ia juga lebih rendah daripada RM1.92 seliter sebelum kenaikan pada Jun lalu, sekaligus menjadikan ia harga terendah sejak lebih dua tahun lalu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata penurunan perlu dibuat secara berhemah serta tersusun dengan asas-asasnya dan penurunan sebanyak 15 sen itu adalah paling maksimum. "Saya jangka harga minyak akan turun 15 sen juga pada hujung bulan ini. Pokoknya, kita akan turunkan harga berikutan harga minyak mentah menurun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Keluarga kementerian di Putrajaya hari ini, demikian dilaporkan oleh Bernama Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga minyak petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter. Ia merupakan penurunan kali kelima harga bahan api itu selepas mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.Harga lantaiSemalam, Shahrir berkata jika mengikut harga di pasaran, sehingga 20 November lalu harga minyak adalah RM1.60 seliter (tanpa subsidi) ketika harga purata minyak mentah di bawah AS$60 dolar setong, sekaligus, buat pertama kalinya harga runcit di pam lebih tinggi daripada harga pasaran. Sehubungan itu, katanya mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Negara pada 1 Disember ini akan membincangkan mekanisme tertentu termasuk keperluan penetapan harga lantai memandangkan trend penurunan harga minyak sekarang menyebabkan satu harga minimum sukar ditentukan. Beliau turut menyifatkan penurunan harga minyak mentah dunia adalah di luar ramalan dan dugaan serta tidak diketahui akan menurun sehingga ke tahap mana pada akhirnya. "Pada mesyuarat 1 Disember ini, kena dibincangkan apa keputusan dan sasar dari segi kerajaan dalam melihat kepada menghadapi keadaan di mana sekarang harga minyak mentah turun dengan begitu pantas. "Pada Ogos lalu, oleh kerana ada subsidi, ia dapat diturunkan dengan lebih cepat, jika tidak ada fakta subsidi, harga minyak RM2.70 hanya boleh diturunkan pada September, tetapi oleh kerana ada subsidi 30 sen, lagi cepat kita dapat turunkan harga runcit di pam," katanya. "

Pemuda Taman Melewar merasakan ini adalah salah satu 'effort' yg dilakukan oleh kerajaan untuk meringankan beban disamping menjana ekonomi biar pun kita sedang melalui era kemerosotan ekonomi dunia. Tidak di nafikan penurunan harga petrol dunia memberi impak terhadap harga pasaran petrol di negara ini, tetapi kita tidak boleh menidakkan usaha yg telah di lakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan beban masyarakat. Usaha-usaha murni ini patut kita hargai dimana ia memberi kesan besar terhadap "household income" rakyat terutamanya orang melayu.

Thursday, November 20, 2008

RAFIDAH Vs SHAHRIZAT

Semua nya telah terjawab. Moga proses pemilihan nanti akan di jalankan dengan baik, waras dan matang.


Kualiti Kepimpinan Melayu Terbukti




Pembentukan semula ekonomi yang dilakukan oleh pentadbiran Presiden Bush tidak ubah seperti tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelesaikan krisis kewangan yang melanda Asia 10 tahun dahulu. Pemuda Tmn Melewar berasa bangga kerana ini membuktikan kualiti yang ditunjukkan oleh kepimpinan orang Melayu.
Tindakan Tun terhadap memulihkan ekonomi telah membuka mata dunia. Tun tidak memilih untuk meminjam daripada IMF atau World Bank dan menggunakan Ringgit Malaysia daripada dollar ketika Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi pada tahun 1997. Formula Tun Dr. Mahathir telah ternyata berhasil dan kini pihak Amerika Syarikat telah mengikut jejak beliau untuk menangani kemelesetan yang melanda negara itu.
Ini adalah ulasan Pemuda Taman Melewar terhadap saranan Menteri Luar Negara, Datuk Seri Rais Yatim berkenaan kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu yang memerlukan pengukuhan agar tidak dihina dan dipertikaikan oleh bangsa asing. Kita seharusnya menganalisa saranan beliau melalui satu perspektif yang lebih luas memandangkan pemimpin Melayu hari ini perlu menambah pengetahuan jika mahu menerajui Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.
Dalam dunia yang semakin mencabar hari ini, kita tidak sepatutnya goyah dengan perubahan ekonomi dan politik. Proses peralihan kuasa semakin hampir, harga barang dan minyak pun sudah mula turun. Pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia. Jangan kita berdiri dan melihat sahaja. Kita perlu merebut peluang. Malaysia boleh!

Ahli UMNO Di Seru Kembali Ke Asas Perjuangan UMNO




Kuala Lumpur -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Husssein menyeru seluruh ahli khususnya Pemuda untuk kembali kepada asas-asas perjuangan UMNO dengan menolak politik wang.Ini kerana jelas beliau apa yang akan ditentukan oleh UMNO pada bulan Mac ini bukan sahaja untuk masa depan UMNO tetapi negara."Rakyat di luar sana sedang memerhati, kita mesti buktikan hal yang digembar-gemburkan ini (politik wang) hanya kerana segelintir ahli-ahli kita. Majoriti dari kalangan mereka berdisiplin, beridealisme dan mempunyai jati diri yang tinggi."Sungguhnpun ada di antara kita yang berlainan fikiran. fahaman, taraf dan kedudukan, tetapi hakikat, tujuan dan maksud kita hanya satu, iaitu hendak meninggikan dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa kita", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.UMNO tegas beliau lagi adalah payung politik kepada bangsa Melayu, jadi UMNO dan ahli-ahlinya perlu menjadi teladan terbaik kepada bangsa dan rakyat.Tambahnya para perwakilan harus meletakkan fokus kepada pemilihan bulan Mac ini untuk melakukan pemulihan kerana hanya itu sahaja yang dapat menggagalkan percubaan politik wang."Mac ini sahajalah medan terbaik untuk menentukan yang terbaik untuk parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara ini."Semalam, saya mengarahkan Pemuda UMNO Johor, Ketua-ketua Pemuda Bahagian, Naib-naib Ketua Pemuda Bahagian dan perwakilan bermesyuarat. Alhamdulilah setakat hari ini, Pemuda Johor padu, memahami harapan saya dan amanah yang diletakkan di atas bahu setiap mereka yang sekarang ini dilihat pemimpin."Ingatlah nasib parti, bangsa dan agama, berdirilah di atas bumi yang nyata, janganlah melihat pemilihan ini hanya di dalam konteks sementara dan bermusim", ujarnya.Beliau berkata lanskap politik hari ini menuntut kepimpinan yang betul-betul ikhlas, jujur dan yang sangat sayang kepada bangsa dan partinya."Negeri kedua yang saya sudah arahkan membuat mesyuarat yang sama ialah Sabah."Kita akan terus mendekati para perwakilan supaya apabila mereka membuat pemilihan pada bulan Mac ini, mereka sudah dibekalkan dengan semua maklumat aspirasi parti dan rakyat."....dan semangat dan hubungan yang begitu erat supaya mereka boleh membuat keputusan yang tepat mengenai jawatan Ketua, Naib dan Exco-exco Pemuda Malaysia yang akan memimpin mereka semasa Pilihan Raya Umum Ke-13", katanya

ANTARA KEBENARAN & FITNAH


PEMUDA adalah generasi yang digolongkan berusia antara 18 dan 40 tahun. Jika dibandingkan dengan usia parti UMNO, Pemuda dilihat sebagai golongan yang tidak mempunyai banyak pengalaman suka duka kehidupan.

Kebanyakan pengalaman mereka lebih bersifat teori, berdasarkan kepada buku-buku sejarah, tanpa terpahat bekas-bekas luka perjuangan seperti generasi Melayu sebelum kita. Malah hari ini, sejarah bangsa dan negara biasanya dipelajari, semata-mata untuk lulus peperiksaan, tanpa sebenarnya menjiwai dan mendalami erti kata sejarah itu sendiri.

Bagaimanapun, kita mesti menghadapi kitaran hidup yang nyata. Kekosongan generasi dewasa Melayu yang mula-mula mengharungi perit getir kelemahan politik dan kedaifan orang Melayu zaman dahulu, akan diisi oleh generasi Melayu baru yang masih muda dari segi pengalamannya. Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti.
Sungguhpun begitu, evolusi parti UMNO sungguh menakjubkan dan menggetarkan perasaan ini, terutama sekali di awal penubuhannya. Kita mungkin tidak mampu merasai bahangnya tetapi cuba bayangkan apabila 41 buah pertubuhan terbesar bangsa Melayu yang mewakili berbagai kepentingan, dapat dihimpunkan dan berjaya mengadakan Kongres Melayu Setanah Melayu (Semalaya) di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946.

Atmosfera di masa itu tentu sangat hangat dibakar oleh api semangat perjuangan orang Melayu yang berada di kelab tersebut. Ia seterusnya telah mencetuskan bibit-bibit penyatuan dan perpaduan, hinggalah terbentuknya Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) ataupun UMNO.

Secara ilmiah, kesemua objektif utama kewujudan UMNO adalah aspirasi dan semangat UMNO yang sungguh menarik untuk kita fahami dan perjuangkan. Secara amnya, aspirasi UMNO tidak berubah, tidak seperti parti-parti politik pembangkang lain.
Kebanyakan parti politik yang lain tidak berpendirian kukuh dan mengikut resmi lalang di mana pendiriannya terhuyung-hayang mengikut rentak manusia dan politik di ketika itu.

Dunia tahu bahawa parti Pas merupakan sebuah parti yang ditubuhkan oleh penjajah Inggeris dengan natijah memecahbelahkan bangsa Melayu. Parti Keadilan pula mempunyai natijah penubuhan parti yang lahir dari perasaan kecewa dan tidak puas hati.
Persoalannya sekarang, apakah perasaan-perasaan negatif dalam kepimpinan parti-parti tersebut dapat menyediakan landasan kukuh kepada perjuangan agama dan bangsa yang bersih lagi suci seperti perjuangan parti UMNO?
Terlalu banyak putar belit, khabar angin dan informasi politik yang mudah kita baca, dengar dan ucapkan, sehinggakan kita boleh terperangkap di antara realiti dan dongengan.

Oleh kerana itu, sebagai seorang Melayu yang berilmu, kita dituntut untuk mengkaji ‘wajah’ politik serta senario manusia dan kita mesti bijak membezakan di antara fakta dengan fitnah.

Melayu Sendirian Perjuangkan Kebebasan Tanah Melayu


Saudara pengendali Tanah Melayu, apakah ada di kalangan kaum lain di negara ini yang memperjuangkan untuk membebaskan negara ini daripada penjajah - dalam tempoh kira-kira 400 tahun?

Nenek moyang kita - antaranya Tok Janggut di Kelantan, Dato' Bahaman di Pahang dan pemimpin mutakhir Dato Onn adalah nama-nama yang senang diingat dan disebut yang jelas memperjuangkan kebebasan Tanah Melayu ini dari cengkaman penjajah.
Apakah sejarah gagal mencatatkan bahawa ada Ah Chong atau Ramasamy yang bersama-sama dengan orang Melayu untuk membebaskan negara ini dari Malayan Union?

Kecintaan orang Melayu dan rasa sayang orang Melayu adalah kepada Tanah Melayu. Sejarah menyaksikan perjuangan dan pengorbanan darah, keringat dan air mata orang Melayu terhadap tanah ini.

Kehadiran Ah Chong dan Ramasami dalam sejarah adalah ketika mahu berunding dengan British untuk mengambil balik Tanah Melayu. Tetapi mereka tidak pernah merasakan kesusahan dan penderitaan nenek moyang kita.

Lalu, kita memberikan hak kerakyatan kepada mereka. Sedihnya, merekalah yang menguasai hasil dan kekayaan negara ini.
Tanpa perlu beremosi, marilah kita belajar dan menuntut ilmu serta kemahiran teknologi baru, untuk membolehkan bangsa kita kembali muncul dalam peta dunia.










PEMBERITAHUAN PENTING!!!!!!!

Takziah di ucapkan kepada Sdr Ahmad Taha Nasuha, AJK UMNO Caw Tmn Melewar, diatas permergian ayahndanya ke rahmatullah.


AL-FATIHAH ........

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAW TAMAN MELEWAR

TAHNIAH....


Pergerakan Pemuda Umno Caw. Tmn Melewar mengucapkan syabas kepada YBG Dato Yusuf Hamid kerana dapat mempertahankan jawatan sbg Ketua Bahagian Umno Batu. Ini merupakan amanah yg telah diberikan kepada Dato dan tidak seharusnya dipersiakan. Dato harus igt barisan 'rojak' pada kali ini merupakan barisan campuran (Abas) dimana Dato harus m'gunakan peluang ini menyatu padukan kembali ahli-ahli Umno di Batu.Kemenangan 5 undi yg dimenagi Dato menunjukkan 'sign' atau pun tanda yg menunjukkan pengaruh Dato semakin tergugat.Tetapi sbg seorang pemimpin kami yakin Dato akan mampu m'jlnkan tugas sebaik2 nya demi kepentingan masyarakat Batu.

Terima Kasih

Mohd Nizham B Abd Hamidi
Ketua Pergerakan PemudaUMNO Caw. Tman Melewar

Sunday, November 9, 2008

Salam daripada Pemuda UMNO Taman Melewar

Salam daripada Pemuda UMNO Taman Melewar..

Blog ini dibuat untuk semua saudara/sahabat Pemuda UMNO Taman Melewar berkongsi maklumat atau pendapat masing-masing.

Dan juga sebagai salah satu medium untuk kami Pemuda UMNO Taman Melewar untuk menghebahkan dan memberitahu tentang aktiviti-aktiviti yang kami telah jalankan dan juga yang akan dijalankan.