Tuesday, December 16, 2008

Selamat Pengantin Baru


Pemuda UMNO Tmn Melewar mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kpd AJK Pemuda Caw Sdr Azuan Hj Amir. Moga aman dan bahagia hingga ke anak cucu.

Tuesday, December 9, 2008

UBAH SIKAP UNTUK PARTI

Di sini penulis sertakan satu artikel yang telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada tahun 2000 Penulis dapati isi kandungannya masih relevan dengan situasi parti UMNO hari ini dan ianya amat membimbangkan.

"SEMUA pihak sudah sepakat penjanaan semula (reengineering) dalam UMNO perlu disegerakan. Akan tetapi, bagi saya, penjanaan semula tersebut perlu tepat kepada punca segala permasalahan tersebut. Bagi saya, sangat ketara sekali didapati bahawa punca kepada segala masalah dalam UMNO adalah dari aspek kepincangan sikap dan niat sesetengah ahli-ahli UMNO itu sendiri dan bukannya daripada aspek perlembangan parti itu. Perkara ini telah dibuktikan berdasarkan kepada fakta sejarah dan juga segala amaran ataupun pandangan pucuk pimpinan.Dengan itu, penjanaan semula yang berkesan untuk menghasilkan anjakan paradigma UMNO, perlu difokuskan kepada membersihkan sikap dan niat sesetengah ahli-ahli parti itu dahulu. Hanya setelah segala sikap dan budaya negatif ini dibuang jauh, barulah UMNO berjaya dalam meningkatkan imej dan memperkukuhkan parti tersebut.

Tiada gunanya mengubah perlembangan UMNO, jika terdapat pengamal-pengamal perlembangan yang masih menjiwai segala budaya negatif, seperti digariskan oleh pucuk pimpinan. Ini adalah kerana mereka tentu akan mencari jalan lain, semata-mata untuk memuaskan nafsu.Sayangnya, segala tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini umpama nila setitik, rosak susu sebelanga. Ahli-ahli UMNO yang selama ini benar-benar ikhlas dan murni niat mereka, akan turut ditempelak disebabkan oleh kepincangan sikap dan niat sesetengah orang UMNO itu.Prosedur untuk menjadi ahli pula perlu lebih telus. Malah pengambilan ahli-ahli baru perlu secara berterusan dan bukannya secara berkala seperti sekarang.

Ketua-ketua cawangan ataupun bahagian yang sengaja menidakkan permohonan ahli-ahli baru perlu insaf dan lebih mengamalkan semangat berpasukan dan kepentingan Melayu keseluruhannya. Kitapun sudah maklum bahawa wujudnya pemimpin-pemimpin di akar umbi adalah untuk memelihara dan Pelaksanakan amanah yang diberikan oleh bangsa Melayu yang menyokong perjuangan UMNO. Kerana itu, mereka yang terlibat ini perlu sentiasa berhati-hati. Mereka juga mesti berusaha untuk merapatkan diri dengan ahli-ahli biasa dengan lebih kerap dan ikhlas, tanpa perlu protokol ataupun birokrasi yang tenyata telah menjauhkan ahli-ahli daripada pemimpin mereka.Lebih-lebih lagi apabila pemimpin-pemimpin hari ini terpaksa berdepan dengan bangsa Melayu yang juga berpelajaran tinggi, luas pengalaman dan berpengetahuan sehinggakan jurang yang membezakan kebolehan di antara pemimpin dengan orang Melayu lain menjadi sangat kecil. Sebab itulah pemimpin-pemimpin hari ini perlu ada tingkah laku ataupun ketokohan yang dikagumi dan lebih istimewa daripada orang Melayu yang lain. Kelebihan persaingan ini amat diperlukan supaya pemimpin tersebut disegani dan disokong penuh oleh bangsa Melayu zaman alaf baru ini.

Malah bangsa Melayu hari ini lebih kritis dan tidak lagi menerima sesuatu berita ataupun kenyataan dengan membuta tuli. Pokoknya, bangsa Melayu hari ini hanya mahukan pemimpin-pemimpin yang kewibawaannya diserlahkan melalui hasil kerja mereka dan bukannya dengan cakap-cakap kosong lagi berputar belit.
Presiden UMNO telah menasihatkan kita dengan berkata, Peliharalah UMNO sebagai satu tanggungjawab yang mulia. Singkir dan hapuskanlah sifat-sifat yang hina, ketamakan tempat dan kuasa. Hentikanlah rebutan jawatan. Utamakanlah pengabdian diri kepada agama, bangsa dan tanah air.

Bersyukurlah dengan nikmat Tuhan. Perjuangan untuk diri sendiri tidak kekal. Hanya perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air yang lebih kekal dan bermakna.
Begitulah nasihat Presiden UMNO di masa Perhimpunan Agung UMNO tahun 1995 yang lama dahulu.Maka dengan ini, diharapkan agar kita sama-sama menghayati dan mempraktikkan segala nasihat Presiden UMNO. Semoga UMNO dapat mengembalikan kegemilangannya serta diterima kembali oleh seluruh bangsa Melayu".Dr Novandri Hasan Basri

Monday, December 8, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Pergerakan Pemuda UMNO Tmn Melewar mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua, khususnya yang beragama Islam, di mana juga anda berada.


"Bersatu Bersedia Berkhidmat"

Pergerakan Pemuda UMNO Caw Tmn Melewar

Thursday, December 4, 2008

PENGUMUMAN PENTING!!!!!

Kepada ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Tmn Melewar yg belum membayar yuran sila berbuat demikian dengan menyerahkan duit yuran tahunan kepada Ketua Pemuda Caw. Sdr Mohd Nizham, sila hubungi beliau di nombor 019-2757731 selewat-lewat nya 15 Disember 08 (KP akan menyerahkan bayaran pd UMNO Malaysia pd 16 Disember 08). Untuk pengetahuan semua, tarikh akhir penyerahan bayaran ialah pada atau sebelum 31 Disember 2008. Jika ada sebarang kesulitan sila hubungi KP Caw. Tmn Melewar Sdr Mohd Nizham di talian 012-9073248/019-2757731...
Terima Kasih
"Bersatu Bersedia Berkhidmat"
Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Tmn Melewar

Wednesday, December 3, 2008

PROGRAM PEMUDA

1) Kursus Ibadah Qurban & Penyembelihan akan diadakan pada 10/12/2008 (Rabu) hingga 11/12/2008 (Khamis) anjuran Jabatan Belia & Sukan. Sijil penyertaan dari JAWI akan diberi kepada para peserta setelah selesai tempoh kursus. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya, di talian +6019 2757731


2) UMNO Cawangan Kampung Chubadak Asal akan menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Islam pada tarikh 21/12/2008 (Ahad) pada jam 8.30 pg hingga 2.00 ptg bertempat di Madrasah Bakariah (Surau Tinggi) Kampung Chubadak. Kursus ini adalah percuma untuk semua dan tarikh tutup penyertaan adalah selewat-lewatnya pada 17/12/2008 (Rabu). Untuk borang penyertaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Fariz, Ketua UMNO Cawangan Kampung Chubadak Asal di talian +6019 278 2785.


3) Satu kursus Pembangunan Usahawan anjuran Bioteam (MeCD) dan Wanija Resources dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak akan diadakan pada tarikh 27/12/2008 (Sabtu) pada jam 8.30 pg hingga 7.00 ptg bertempat di Bioteam Business Centre, Batu Caves (bersebelahan Plaza UMNO Bahagian Gombak). Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 untuk setiap peserta dan tempoh untuk penyertaan adalah sehingga 15/12/2008 (Isnin). Kemudahan pinjaman untuk perniagaan akan disediakan. Jika berminat, sila hubungi Saudara Jamal, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak di talian +6012 250 6197.


4) Program Perkhemahan Tunas Bestari di KEM EL-AZHAR Pantai Morib pada 16-18/12 bg yg berumur 15-19thn anjuran Jabatan Penerangan WPKL,jika pemuda/belia yg berminat sila hubungi saya di talian
019-2757731.




Mohd Nizham
KP Caw. Tmn Melewar/AJK PEMUDA BATU
Tim. Pengerusi Biro Pembangunan & Pemantapan Belia Pemuda UMNO Batu