Sunday, January 24, 2010

PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA



Buat julungkalinya Taman Melewar telah di gegarkan dengan kedatangan YB Hj Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO M'sia didalam program ramah mesra bersama pemimpin. Seperti yang sedia maklum Taman Melewar satu ketikanya merupakan kubu kuat pembangkang kini sudah dapat di tembusi UMNO terutamanya Pemuda mereka yang begitu bersemangat dengan kedatangan YB Khairy Jamaluddin. Kain dibentang, serunai dibunyikan,akan kami tentang, PR habis-habisan. Itulah ungkapan pemuda Taman Melewar yang penulis dengar di kala majlis bermula. Program ini juga memberi semangat kepada pemuda-pemuda di sekitar Batu kerana ia merupakan satu program dimana pemimpin turun kebawah berjumpa dengan akar umbi seperti yang dikehendaki pucuk pimpinan parti lebih-lebih lagi kemungkinan pilihanraya kecil di Batu.
YB Tian Chua bila-bila sahaja mungkin akan dijatuhkan hukuman kerana kesalahan menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas. Penulis mengambil kira kedudukan Batu yang strategik ditengah-tengah kota, program yang sebegini rupa harus dilakukan supaya ia menjadi pemangkin pada kekuatan UMNO dan seterusnya meneruskan momentum rakyat untuk beralih sokongan ke Barisan Nasional. Perlu diingat kekuatan pada Pakatan Pembangkang ialah 'cerita dongeng si labu labi'. Program sebegini boleh menunjukkan kepada rakyat bahawasanya kerajaan Barisan Nasional bukan retorik dan bukannya 'populist'. "Talk without action" selalunya dimulakan oleh pembangkang, jika kita tidak percaya kita lihatlah sekiranya ada PRK nanti, fitnah maki hamun akan menjadi resipi kepada parti pembangkang. Marilah kita berfikir dari segi akal yang rasional dimanakah kelebihan Tian Chua di Batu???Apakah 'contribution' beliau sebagai YB di Batu???
Penulis berpandangan sekiranya di beri peluang pada Barisan Nasional maka insyaallah Batu akan dimajukan dengan lebih giat dan bukan hanya dari segi infranya, bahkan dari segi rohani dan jasmani secara total. Dan dengan ini penulis ingin mengambil peluang untuk menyatakan, Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Taman Melewar dibawah kepimpinan Sdr Mohd Nizham Abdullah Hamidi bersedia bila-bila masa sekiranya pilihan raya kecil diadakan di parlimen Batu. Barisan Nasional akan kami pastikan kemenangannya memandangkan peti undi adalah di Taman Melewar sendiri.

Ikhlas
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman Melewar