Monday, August 31, 2009

Pilihan raya kecil DUN Kota Seputeh? SPR putuskan Selasa ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah iaitu sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil. SPR mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan diadakan pilihan raya kecil.

“Kita akan bincang semua aspek secara menyeluruh, mempertimbangkan dari segi perundangan dan dari segi moral tetapi lebih kepada soal undang-undang,” katanya lagi. Jika diputuskan wujud kekosongan sudah pasti pilihan raya kecil akan diadakan, kata beliau. SPR telah mengadakan pilihan raya kecil yang kelapan pada 25 Ogos lalu – sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008. Sehubungan itu, kata Aziz, pihaknya akan memaklumkan keputusan SPR kepada Speaker Kedah.

“Oleh kerana Speaker telah menulis surat kepada kami, kami akan memaklumkan Speaker hasil keputusan mesyuarat khas ini… mesyuarat ini hanya membincangkan isu kerusi Kota Seputeh,” kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi. Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif – dari Umno-BN – digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang DUNtanpa kebenaran Speaker. Oleh itu, SPR telah meminta pandangan penasihat undang-undangnya dan juga Jabatan Peguam Negara mengenai isu berkenaan.

Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu. Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan. Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi.

Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi. Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melahirkan harapan agar SPR akan mempertimbangkan keadaan Abu Hassan yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya. Muhyiddin berkata, SPR yang mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah bahagian pilihan raya, sebagaimana disaksikan di Perak Februari lalu, akan ambil kira pertimbangan itu.

“Bagaimanapun kita akan akur dengan keputusan SPR, kita selalu akur dengan keputusan SPR, mana ada yang kita tidak akur,” kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN. Dalam pada itu, Wan Ahmad ketika dihubungi pagi tadi memberitahu mStar Online bahawa semua dokumen berkaitan dengan isu berkenaan sudah sedia ada. “Semua dokumen, pandangan dan maklum balas sudah diterima. Kita hanya perlu mengadakan mesyuarat dan menentukan status kerusi ini,” katanya.

Wednesday, August 26, 2009

AL-FATIHAH PROF DR ISMAIL MD SALLEH


Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh telah disahkan meninggal dunia awal hari ini. Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia.Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech dan bapa kepada 6 orang anak.

Pergerakan Pemuda UMNO Caw Taman Melewar mengucap takziah kepada keluarga allahyarham Dr Ismail. Pemuda UMNO Tmn Melewar sangat memuji semangat beliau yg dapat melebihi dari orang-orang biasa. Peranan serta pengorbanan beliau tidak mgkn sekali akan kami lupakan.

Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin

Tuesday, August 25, 2009

PAS Menang Majoriti Menurun

PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Taman Melewar tidak akan sesekali patah semangat dengan keputusan PRK di Permatang Pasir.Apa yg perlu dilakukan pada masa kini ahli serta penyokong-penyokong UMNO haruslah muhasabah terhadap diri sendiri.Sesungguhnya kita ini hanya manusia biasa yg tidak lari dari melakukan kesilapan.Persoalannya adakah kita ahli & penyokong UMNO berani melakukan perubahan demi survival dan kepentingan orang melayu yg b'agama Islam.Adakah cukup kita berbakti terhadap masyarakat didalam kita perjuangkan alif ba ta kita iatu agama bangsa & negara.Ahli UMNO tidak harus merasa selesa dengan apa yang telah dikecapi selama ini.Semangat Dato Harun Idris harus dijadikan contoh.Renung-renung kembali apakah sebenarnya perjuangan kita.Apakah kita betul-betul ikhlas memperjuangkan agama bangsa & negara atau pun kita hanya perjuangkan tembolok sendiri.Jadi fikir-fikirkanlah supaya kita tidak tidur di lena mimpi indah yang akhirnya membawa kehancuran kepad negara.

Sekian

Ikhlas Pergerakan Pemuda UMNO Caw Taman Melewar

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan Dari Pemuda UMNO Taman Melewar

Pergerakan Pemuda UMNO Caw Taman Melewar ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Ramadhan al - Mubarak. Semoga amal ibadah di bulan yang mulia ini diberkati dan disinari rahmat keredhaan Allah SWT.

Ihklas dari Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Taman Melewar

Wednesday, August 19, 2009

UMNO untuk UMNO atau UMNO untuk RAKYAT????

Didalam arus politik masakini byk dugaan dan halangan yg perlu ditempuhi oleh Pemuda.Dengan niat ikhlas ingin memperjuangkan agama bangsa & negara, ada sesetengah pihak yg cuba mengambil kesempatan dengan hanya untuk kepentingan diri sahaja.Parti UMNO adah parti keramat orang Melayu dimana Islam menjadi teras & 'nyawa' kepadanya, dengan jalan yang semakin berliku tetapi pada hemat Pemuda ia harus juga diteruskan demi agenda memperkasakan alif ba ta.Jika dilihat pada masa yg lampau,kejatuhan sesebuah bangsa adalah disebabkan bangsa itu sendiri.Contohnya kerajaan Bani Uthmaniyah,Kerajaan Dinasti di Cina dan lain-lain.Pemuda berpendapat si kitul alaf baru ini haruslah disisihkan terus daripada masyarakat supaya ia ini akan menjadi kuman seterunya melarat keseluruhan 'badan'.Untuk itu juga kita harus menginsafkan diri kita bahawa walaupun dahulu nya kita bergaduh,bertengkar,bertelagah tetapi akhirnya kita perlu cantum semula.Disitulah sebenarnya kekuatan orang melayu.

Mentaliti menghentam ini harus dihentikan, tidak perlu dengan hanya mencari kesalahan orang bahkan ubah la ia dengan cara mencari methodologi bagaimana untuk memperbaiki sesuatu supaya ia boleh menjadi lebih menjadi lebih cemerlang.Program-program UMNO tidak harus dilakukan untuk 'syok sendiri'.Bukan hanya untuk org UMNO sahaja,tetapi ia perlu menyeluruh keakar umbi.Tidak kisahlah dari mana ia datang sekalipun tetapi sekiranya ia membawa kearah kebaikan kepada masyarakat apa salahnya???Pemuda sangat terkilan dengan sesetengah pihak yg masih m'gunakana politik kuno ini untuk hanya kepentingan diri.Pemuda ingin mengingatkan supaya janganlah menjadi seperti anjing yang takut dengan bayang-bayang nya sendiri.Buat lah dengan ikhlas supaya kita diterima rakyat dan masyarakat.Sesungguhnya apa yang lebih penting ialah kerana Allah S.W.T.Pemuda Tmn Melewar tidak tuju terhadap mana-mana individu malah ia hanya hanya peringatan supaya kita tidak terus lena dan hanyut dengan khayalan sendiri yg akhirnya membawa rebah.

Sekian Terima Kasih

Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Taman Melewar

Khairy Minta SPR Siasat Dakwaan

REMBAU 18 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan mendapatkan penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok berhubung dakwaan wujudnya pengundi hantu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.
Beliau berkata, langkah itu susulan laporan yang dikemukakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahlan, kepadanya tentang taktik kotor berkenaan dipercayai perbuatan parti pembangkang.

Jelasnya, Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang telah mengesan terdapat pengundi-pengundi hantu di sebuah rumah di mana pemiliknya tidak mengenali nama individu-individu yang didaftarkan di alamat terbabit dalam pemeriksaan pagi tadi.
”Ekoran penemuan itu, saya meminta Norman mengemukakan laporan kepada Pejabat SPR Pulau Pinang dengan segera,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program IQRA Membaca Sepanjang Hayat anjuran Akademi Pemuda UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO Rembau dan Yayasan Pembangunan Buku Negara di Dewan Seri Rembau dekat sini hari ini.
Tambah Khairy, pertambahan mendadak kira-kira 1,000 pengundi di Permatang Pasir sejak setahun lalu agak mencurigakan dan mungkin berpunca daripada ‘gerakan pemindahan pengundi’ oleh pembangkang.

Katanya, keraguan mula timbul setelah semakan daftar pemilih oleh Pemuda BN mendapati pengundi-pengundi berbangsa Melayu, Cina dan India mendiami alamat yang sama.
Sehubungan itu, beliau memberitahu, SPR disaran supaya mengkaji dan memperketat prosedur sedia ada berhubung penukaran alamat pengundi pada daftar pemilih bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Monday, August 17, 2009

TAHNIAH KERANA MENJADI BAPA!!!!!!


Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Taman Melewar mengucapkan tahniah kepada 2 sahabat AJK Pemuda UMNO Tmn Melewar, Sdr Iman Jihad dan Sdr Mohd Azuan kerana telah menjadi bapa tempoh hari yang lalu.Kedua-dua sahabat kita ini telah dikurniakan seorang puteri.Puteri Sdr Iman Jihad telah dinamakan, Embun Nur Iman Binti Muhammad Iman Jihad, dan bg Sdr Mohd Azuan pula puterinya dinamakan Marissa Zara Binti Mohd Azuan.Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Taman Melewar akan sentiasa berdoa agar kelahiran puteri-puteri mereka ini akan menambahkan lagi keberkatan didalam menjalani kehidupan yang lebih sempurna pada masa akan datang.Tahniah kami ucapkan.



Ikhlas dari Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Taman Melewar