Monday, April 27, 2009

DIMANA HALA TUJU UMNO & MELAYU!!!!

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah dengan limpah rahmat yang telah diberikan NYA keatas kita dpat kita kembalikan negeri PERAK dibawah kekuasaan BARISAN NASIONAL.Bersyukur juga kita ke hadrat illahi kita masih lagi "bernyawa" walaupun kehilangan 2 bukit pada pilihanraya kecil baru-baru ini.Banyak persoalan, jawapan, isu telah pun ditimbulkan bagi mengupas kekalahan 2 bukit ini.Pemuda Melewar berpendapat isu kekalahan ini patut di pandang dengan berat dan serius, ini adalah kerana contohnya Bukit Gantang adalh merupakan kubu kuat Barisan Nasional pada pilihanraya-pilihanraya yang lepas.Bkt Selambau "mungkinlah".Tetapi apa yang menarik isu-isu penderhakaan terhadap Sultan Perak ini telah berjaya menarik kembali rakyat-khususnya orang melayu unutk menyokong kerajaan BARISAN NASIONAL.Kalo di iktkan statistik pengundi AL-hamdulillah syukur kepada ALLAH orang melayu sudah mula sedar apabila lebih 58% telah menyokong BARISAN NASIONAL.Yang kalah adalah BARISAN NASIONAL bukan UMNO.Tetapi kita perlu menerima hakikat bahawa kerajaan UMNO/BARISAN NASIONAL akhirnya tumbang dengan majoriti lebih 2000 undi.

Dimana kesalahan ini harus dipikul?Siapa yang harus di persalahkan?UMNO?MCA?MIC?GERAKAN?.Momentum menyokong kerajaan haram PAKATAN RAKAT(tidak ada berdaftar didalam ROS) harus di hentikan. BAGAIMANA?????. Bagi Pemuda Taman Melewar, ini merupakan satu skop harus diperhalusi, diamati, diperjelaskan dengan lebih efektif dan "transparent".Ia selalunya mesti bermula dari peringkat akar umbi.Transformasi UMNO yang di perkatakan dan yang di labelkan pada pemilihan yang lepas haruslah diterjemahkan melalui perbuatan.Contonya kalau dilihat di setengah-setengah cawangan, cukup kuat dan hebat cengkaman sehinggakan pemuda khususnya sudah jelik dengan perbuatan orang-orang yang serbegini rupa.Kita harus faham bahawa golongan PEMUDA lah yang menyebabkan kita kehilangan 5 negeri pada PRU yang lepas.Pemuda Taman Melewar merasakan cara dan kaedah yang diguna pakai harus di"REFORMASI".Contohnya untuk menjadi ahli pun sudah menjadi masalah, bagaimana pula untuk mereka ini menyumbang bakti kepada AGAMA, BANGSA, NEGARA mereka.Pemuda Melewar pernah mendengar ada rintihan dikalangan pemuda/belia di satu kawasan menyatakan untuk menjadi ahli UMNO haruslah hanya untuk orang yang bermastautin di situ sahaja, tidak boleh dikalangan orang yang tinggal berdekatan. Pemuda Melewar merasakan ini merupakan kaedah paling tidak bermoral yang diguna pakai. Untuk pengetahuan semua jentera PAS danjuga KEADILAN tidak pernah melakukan kaedah ini.Untuk menjadi ahli PAS dan juga KEADILAN mereka hanya perlu SMS sahaja untuk menjadi ahli.Inilah MESRA RAKYAT. Bila mereka masuk PAS dan KEADILAN kita mula meronta seperti ibu yang kehilangan anak tetapi tidakkah kita sedar yang sebenarnya yang menjahanamkan parti ialah orang kita sendiri."RESULT" yang diterima adalah KEKALAHAN BARISAN NASIONAL 5 negeri.Pemuda Melewar ingin menyatakan disini janganlah kita menjadi seperti anjing yang takut dengan bayang-bayang sendiri.Perlu muhasabah, perlu rendah diri,hormat menghormati dan sayang menyayangi.Bagi Pemuda Melewar cara atau pun methodology harus diguna pakai mengikut peredaran zaman.Pemuda sedar orang yan lebih senior ini makan "garam"dahulu tetapi perlu diingatkan garam yang dimakan adalah amat berbeza dengan garam yang dimakan Pemuda pada masakini.

Persoalan ke2 pula merupakan soalan yang lebih general.Kekalahan Barisan Nasional adalah disebabkan isu2 nasional yang tidak dapat kita tepis.Lihatlah pada PRK yang lalu. Dimana BN mem'promosikan' pembangunan,kehidupan yang lebih selesa, peluang pekerjaan, penaikkan taraf infrastruktur tetapi apabila kita lihat produk PR ialah lebih kepada isu nasional seperti RASUAH,KRONISME,NEPOTISME,POLITIK WANG.Kita seperti tidak mampu menepis persepsi-persepsi ini malah kita mengiyakannya lagi.Bangga bercerita soal 'masyuk', 'hul-hul'..apa sebenarnya semua ini.Tidakkah kita malu dengan rakyat dan masyarakat.Pemuda Melewar berharap kesemua belia,pemuda, ahli senior di dalamUMNO perlu lebih memberi perhatian tehadap ilmu, pengisian, penghayatan perjuangan,petah beratikulasi, berani berubah serta bermuhasabah diri.Insyaallah jika diizinkan ALLAH kita akan lebih maju kehadapan bersama bangsa-bangsa yang lain tanpa perasaan dendam, prejudis, hasad dengki.Ingatlah saudara dan juga sahabat keruntuhan kerajaan Melayu Melaka adalah disebabkan 2 faktor iatu fitnah & rasuah..Jadi renung-renungkanlah supaya kita menjadi satu bangsa yang hebat, yang meletakkkan Agama Islam sebagai panduan dalam menjalani liku-liku hidup..

Sekian Terima Kasih


Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman Melewar
"BARISAN PEMUDA MELAYU MERDEKA"

No comments: