Monday, April 27, 2009

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK PEMUDA TAMAN MELEWAR

Disini saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Pemuda Taman Melewar.Selepas beberapa tahun tidak memasuki apa-apa pertandingan tetapi pada kali ini pemuda Taman Melewar mula menunjukkan taringnya dengan melangkah ke separuh akhir Liga Sukan Komuniti JBS Parlimen Batu.Dengan memenangi tempat ke3, ini menunjukkan Pemuda Melewar membuka satu lembaran baru bahawa Pemuda Tmn Melewar bukanlah pasukan kelas ke 2, tetapi merupakan pasukan favourite untuk untuk ditonjolkan pada kejohanan yang akan datang. Kombinasi pemain belia muda dan senior menampakkan satu kombinasi yang cukup ideal.Disamping itu juga kejohanan ini juga dapat merapatkan silaturrahim antara pemain dan juga masyarakat setempat. Tahniah juga di ucapkan kepada Jabatan Belia dan Sukan Kawasan Batu, Biro Sukan & Reakrasi Pemuda UMNO Batu, Kelab Sukan Komuniti Kawan Batu dan semua yang terlibat secara lansung dan tidak.Pemuda Tmn Melewar berharap program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi menarik belia/pemuda melakukan aktiviti yang sihat serta berfaedah.

Terima Kasih .....

Mohamed Nizham B Abdullah Hamidi
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman Melewar

No comments: