Monday, August 3, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BATU


Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t mesyurat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Batu telah berjalan dengan jayanya.Dengan usul-usul yang dibawa oleh Pemuda Bahagian Batu yang sangat bernas moga dijadi kan sebagai sampel kepada formula dalam me'rakyat'kan UMNO di Malaysia.Isu-isu panas yang telah disampaikan oleh perwakilan di dalm mesyuarat itu juga telah menghangatkan lagi mesyuarat pemuda pada kali ini.Boss kita, Sdr Mohd Nizham juga telah diamanahkan oleh Pemuda UMNO Batu untuk membentangkan usl pendidikan.Akan tetapi 'Man of the Match' pada mesyuarat Pemuda UMNO pada kali ini ialah Sdr Nizam Malek(Desa Batu Muda).Atas tiket perpaduan beliau mengumumkan sanggup menarik diri daripada pertandingan G2.Tidak pernah didalam sejarah Pemuda UMNO Batu berlaku kejadian sedemikian rupa.Kami Pergerakan Pemuda UMNO Taman Melewar sangat memandang tinggi jati diri Sdr Nizam Malek dengan sanggup menarik diri pada saat-saat akhir.Syabas kami ucapkan kepada Sdr Nizam Malek.Kami mendoakan Sdr Nizam akan lebih maju dengan karier nya pada masa hadapan.Keputusan G2 seperti berikut:


Sdr Ahmad Badli Badaruddin - PSU Pemuda UMNO Batu

Sdr Fakhrulzaman - AJK Pemuda UMNO Batu


Rumusan yang boleh di buat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Taman Melewar ialah UMNO memerlukan nafas baru supaya ianya masih relevan.Tiupan semangat perjuangan haruslah di gerakkan secara aggresif.Akan tetapi apa yang menyedihkan mesyuarat pada kali ini ada sesetengah perwakilan yang bertindak di luar kawalan kerana sanggup menyebut 'mati lebih baik' ditujukan terus kepada AJK Pemuda UMNO Bahagian Batu.Ini tidak menunjukkan kematangan seseorang dan tahap intelektualiti menunjukkan sangat rendah.Biar apa pun yang terjadi PPUTM masih menganggap perjuangan perlu diteruskan dan berharap AJK Pemuda Batu menganggap ini sebagai asam garam politik.

Sekian


Pergerakan Pemuda UMNO Taman Melewar

No comments: