Wednesday, August 19, 2009

Khairy Minta SPR Siasat Dakwaan

REMBAU 18 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan mendapatkan penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok berhubung dakwaan wujudnya pengundi hantu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.
Beliau berkata, langkah itu susulan laporan yang dikemukakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahlan, kepadanya tentang taktik kotor berkenaan dipercayai perbuatan parti pembangkang.

Jelasnya, Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang telah mengesan terdapat pengundi-pengundi hantu di sebuah rumah di mana pemiliknya tidak mengenali nama individu-individu yang didaftarkan di alamat terbabit dalam pemeriksaan pagi tadi.
”Ekoran penemuan itu, saya meminta Norman mengemukakan laporan kepada Pejabat SPR Pulau Pinang dengan segera,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program IQRA Membaca Sepanjang Hayat anjuran Akademi Pemuda UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO Rembau dan Yayasan Pembangunan Buku Negara di Dewan Seri Rembau dekat sini hari ini.
Tambah Khairy, pertambahan mendadak kira-kira 1,000 pengundi di Permatang Pasir sejak setahun lalu agak mencurigakan dan mungkin berpunca daripada ‘gerakan pemindahan pengundi’ oleh pembangkang.

Katanya, keraguan mula timbul setelah semakan daftar pemilih oleh Pemuda BN mendapati pengundi-pengundi berbangsa Melayu, Cina dan India mendiami alamat yang sama.
Sehubungan itu, beliau memberitahu, SPR disaran supaya mengkaji dan memperketat prosedur sedia ada berhubung penukaran alamat pengundi pada daftar pemilih bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Monday, August 17, 2009

TAHNIAH KERANA MENJADI BAPA!!!!!!


Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Taman Melewar mengucapkan tahniah kepada 2 sahabat AJK Pemuda UMNO Tmn Melewar, Sdr Iman Jihad dan Sdr Mohd Azuan kerana telah menjadi bapa tempoh hari yang lalu.Kedua-dua sahabat kita ini telah dikurniakan seorang puteri.Puteri Sdr Iman Jihad telah dinamakan, Embun Nur Iman Binti Muhammad Iman Jihad, dan bg Sdr Mohd Azuan pula puterinya dinamakan Marissa Zara Binti Mohd Azuan.Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Taman Melewar akan sentiasa berdoa agar kelahiran puteri-puteri mereka ini akan menambahkan lagi keberkatan didalam menjalani kehidupan yang lebih sempurna pada masa akan datang.Tahniah kami ucapkan.



Ikhlas dari Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Taman Melewar

Sunday, August 16, 2009

Dua Cendekiawan Islam Tegur Nik Aziz

Kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ‘menghalalkan’ tindakan DAP menghina Islam merupakan satu kenyataan yang dipengaruhi oleh pendirian politik dan tidak berdasarkan kepada kearifan ilmu agamanya. Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid menegaskan, perkara itu amat serius kerana apabila dibiar berterusan akan menjadikan sesuatu yang menghina Islam sebagai perkara biasa pada akhirnya.“Bagi saya, pendapat Nik Abdul Aziz itu sangat dipengaruhi oleh pendirian politik. Ia adalah amat membimbangkan kerana akan menghakis terus perasaan sensitiviti terhadap kesucian agama Islam.

“Apabila dihina, kita hanya senyap dan pada masa yang sama seperti mengizinkan. Lama-kelamaan ia akan menjadi seperti perkara biasa dan kalis serta jika berlaku, adalah sesuatu yang amat malang bagi umat Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana berpendapat parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.
Tegas Mahmood Zuhdi, dalam setiap isu berkaitan dengan agama, tidak sepatutnya dipolitikkan kerana dibimbangi akan menjejaskan kesucian Islam itu sendiri.

Justeru, beliau yakin sekiranya Nik Abdul Aziz tidak berada pada kedudukan sekarang sebaliknya sebagai ulama biasa, pasti akan berasa sensitif dengan penghinaan dan cacian terhadap Islam yang dihamburkan oleh orang bukan Islam. “Inilah bahayanya apabila orang- orang agama memakai topi atau pakaian politik. Saya berpendapat mungkin Nik Abdul Aziz sedikit terkeliru kerana tidak mendapat maklumat tepat dalam perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain menegur Nik Abdul Aziz yang terlalu memberi ‘muka’ kepada DAP atas alasan mereka tidak memahami Islam secara mendalam. “Kenyataan itu adalah jelas tidak tepat kerana saya percaya orang bukan Islam di negara ini sebenarnya sudah cukup faham dengan Islam. Cuma mereka tidak mahukan syariat Islam ditegakkan di negara ini. “Kalau mereka tidak faham, maka sudah pasti mereka tidak akan mengeluarkan sebarang komen mengenai undang-undang Hudud seperti yang dinyatakan oleh salah seorang pemimpin mereka dahulu iaitu, ‘langkah mayat aku dahulu’,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz sepatutnya membetulkan persepsi orang bukan Islam terhadap ajaran Islam dan bukannya menambah kekeliruan mereka.Mohammad Yusoff berkata, Nik Abdul Aziz seharunya mengutamakan objektif dan bukan menekankan kepada perkara subjektif iaitu kepentingan politik sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.“Jangan menyokong DAP hanya kerana mereka bersekongkol atau berada sekumpulan dengan kita dengan membuat pelbagai cara untuk menghalalkan apa yang mereka cakap. “Tidak bolehlah membutakan mata, memekakkan telinga demi kepentingan golongan yang diwakili, kerana secara tidak langsung Nik Abdul Aziz telah menyokong golongan menghina Islam,” katanya yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan.

Thursday, August 6, 2009

KENYATAAN BIADAP PEMUDA DAP

RIDHUAN TEE MUST APOLOGIZE TO TEOH BENG HOCK'S FAMILY;
WARNS DAP MP
(daripada laman web http://www.sjsandteam.wordpress.com/)

Loke Siew Fook DAP Socialist Youth (DAPSY) National Chairman and MP for Rasah 4 August 2009It is sickening to see that a person with supposedly strong academic credentials and high religious stature can produce such cruel and heartless remarks over the issue of Teoh Beng Hock’s unborn child.By twisting a dreadful tragedy with his zealous agenda against “bastard children” in his Utusan Malaysia article, Dr. Mohd Ridhuan, the vice-president of the Malaysian Chinese Muslim Association, has caused immense emotional damage to Teoh’s family.Whatever superficial sympathy Dr. Mohd Ridhuan has for Teoh’s family is lost when he chooses to harp on the status of the child, whom he labels as an illegitimate child. Dr. Mohd Ridhuan has also compared Teoh’s child to the children of “Malay-Muslim girls who have sex with Muslim or non-Muslim partners with or without consent”, who are born without taking their father’s names.By comparing, with blatantly racist language, an unborn child of an engaged couple who is painfully separated by the fiance’s mysterious death, to children who are results of unplanned conception, Dr Mohd Ridhuan has shown everyone how low he can go to hurt other human beings with broken logic.As if that wasn’t enough, Dr. Mohd Ridhuan produced another hurtful article to slam his critics, labelling two Chinese language dailies – China Press and Nanyang Siang Pau – as racist, for highlighting his own racist outbursts. You can’t get more hypocritical than that.DAPSY condemns in the strongest possible terms, the decision by Dr. Mohd Ridhuan to produce such insensitive, racist, zealous and hypocritical writings and the decision by Utusan Malaysia to publish them. DAPSY calls on Dr. Mohd Ridhuan to immediately apologize to Teoh’s family and to China Press and Nanyang Siang Pau, for all they have done is to reveal and reject his nasty character.Comments (2)2 Comments »Its not always about racism. But it is convenient to hide behind it. In this case, it is about INSENSITIVITY. That, we cannot stomach. Look at remarks on Yasmin Ahmad, most malaysians regardless race condemned it.Anyway, Dr Riduan Tee, here’s something which may help you in your life..”Wise men talk because they have something to say, fools talk because they have to say something” PlatoComment by kn — August 6, 2009 @ 10:30Who is this bastard of a mohd ridhuan ? Is he a Chinese ? If he is one he certainly does’t speak like one neither does he speak like a dr. Get rid of that dr in front of your name mohd, what sort of a fucking dr r u. Where is your compassion,your understanding,your sympathy towards a dead ma’s unborn child. Has everything to be reduced to your fucking religion ? Your conversion to islam is your own personal business but why must u be used as cat paws by your umno muslims for their unmuslim benefit ? Have u no guilt or shame that u can be used to such an extent as to shame the man who fathered u n the mother who gave birth to u ?R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims. They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born. They wasted all their effort bringing u up hoping u would take care of them in old age n sweep their graves after death. Now u won’t b doing either, they wouldn’t want to b associated with u. I m sure your relatives feel the same. U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive.As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history.If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters !Wishing u and family miserable lives n deaths.Comment by Tulan Chin — August 6, 2009 @ 11:31



Apakah ini yang dikehendaki oleh pengundi-pengundi pada PRU 13 nanti.Wahai sahabat fikirkanlah untuk kebaikan agama bangsa dan negara.Pemuda UMNO Tmn Melewar Insyaallah dgn izin Allah SWT sentiasa bersedia memperjuangkan Agama yg tercinta di bumi betuah ini.Amin


Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman Melewar......

Monday, August 3, 2009

PEMBERITAHUAN PENTING

Perhatian kepada ahli pemuda cawangan Taman Melewar, mulai daripada 22 Ogos 2009, atas arahan KP Pemuda UMNO Taman Melewar Sdr Mohd Nizham, beliau mahukan ahli pemuda cawangan bersama-sama mengenal pasti sekiranya ada dikalangan penduduk terutamanya dikalangan pemuda yang memerlukan bantuan dari segi persekolahan,anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal,permasalahan pembelajaran supaya segera diberitahu ke pengetahuan beliau untuk tindakan lanjut.Oleh itu KP mohon agar memberi kerjasama lebih-lebih lagi dalam kita akan tidak lama lagi akan menjalankan ibadah puasa.Minta diberi perhatian serius.

Sekian Terima Kasih

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman Melewar

MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BATU


Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t mesyurat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Batu telah berjalan dengan jayanya.Dengan usul-usul yang dibawa oleh Pemuda Bahagian Batu yang sangat bernas moga dijadi kan sebagai sampel kepada formula dalam me'rakyat'kan UMNO di Malaysia.Isu-isu panas yang telah disampaikan oleh perwakilan di dalm mesyuarat itu juga telah menghangatkan lagi mesyuarat pemuda pada kali ini.Boss kita, Sdr Mohd Nizham juga telah diamanahkan oleh Pemuda UMNO Batu untuk membentangkan usl pendidikan.Akan tetapi 'Man of the Match' pada mesyuarat Pemuda UMNO pada kali ini ialah Sdr Nizam Malek(Desa Batu Muda).Atas tiket perpaduan beliau mengumumkan sanggup menarik diri daripada pertandingan G2.Tidak pernah didalam sejarah Pemuda UMNO Batu berlaku kejadian sedemikian rupa.Kami Pergerakan Pemuda UMNO Taman Melewar sangat memandang tinggi jati diri Sdr Nizam Malek dengan sanggup menarik diri pada saat-saat akhir.Syabas kami ucapkan kepada Sdr Nizam Malek.Kami mendoakan Sdr Nizam akan lebih maju dengan karier nya pada masa hadapan.Keputusan G2 seperti berikut:


Sdr Ahmad Badli Badaruddin - PSU Pemuda UMNO Batu

Sdr Fakhrulzaman - AJK Pemuda UMNO Batu


Rumusan yang boleh di buat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Taman Melewar ialah UMNO memerlukan nafas baru supaya ianya masih relevan.Tiupan semangat perjuangan haruslah di gerakkan secara aggresif.Akan tetapi apa yang menyedihkan mesyuarat pada kali ini ada sesetengah perwakilan yang bertindak di luar kawalan kerana sanggup menyebut 'mati lebih baik' ditujukan terus kepada AJK Pemuda UMNO Bahagian Batu.Ini tidak menunjukkan kematangan seseorang dan tahap intelektualiti menunjukkan sangat rendah.Biar apa pun yang terjadi PPUTM masih menganggap perjuangan perlu diteruskan dan berharap AJK Pemuda Batu menganggap ini sebagai asam garam politik.

Sekian


Pergerakan Pemuda UMNO Taman Melewar

Thursday, July 30, 2009

PEMBERITAHUAN AGENDA PERGERAKAN

Pada 2 Ogos 2009, mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Batu akan diadakan bertempat di dewan Tun Dr Ismail,PWTC pada jam 845 pagi. Perwakilan Cawangan dari PPUTM adalah seperti berikut:-

Mokhzani Harris Yusof - Pen. Setiausaha PPUTM

Muhammad Ikhsan Ismail - AJK PPUTM

Kamarul Ariffin B Parnot - AJK PPUTM (Proksi)

Sesiapa di kalangan ahli yang berminat untuk hadir, jemputan ini di 'extent' kepada sahabat2 semua untuk pengalaman anda pada masa hadapan.


Selamat Bersidang

Sekian Terima Kasih


Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman Melewar