Monday, May 4, 2009

BEKAS PEMIMPIN SAPP SERTAI GERAKAN


Selepas berbulan-bulan tidak mempunyai parti setelah Parti Maju Sabah (SAPP) meninggalkan Barisan Nasional, seorang timbalan ketua menteri Sabah akhirnya menyertai Gerakan hari ini.Penyertaan Raymond Tan Shu Kiah diumumkan oleh Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon di Kota Kinabalu pagi ini. SAPP meninggalkan BN menjelang 16 September tahun lalu - hari Datuk Seri Anwar Ibrahim berura-ura merampas kerajaan persekutuan - dengan alasan tidak berpuas hati dengan perdana menteri waktu itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.Tan, yang juga ADUN Tanjong Papat dan bekas ketua Pemuda SAPP Aw Kam Wah (ADUN Elopura) akan menyerahkan borang keahlian mereka secepat mungkin.


Kenyataan akbar dari Malaysiakini


Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman Melewar berasa bangga dengan pendirian Ybhg Raymond Tan Shu Kiah kerana masih lagi setia bersama BARISAN NASIONAL. Ini harus di jadikan contoh pada seluruh ahli & penyokong BARISAN NASIONAL. Kesetiaan ini harus patut di puji oleh segenap penyokong kerajaan kerana beliau sanggup 'menentang arus' di dalam parti SAPP kerana masih sayangkan BARISAN NASIONAL..Syabas kami ucapkan.


No comments: