Monday, May 18, 2009

BENAR KAH?????

Ada bisik-bisik yang mengatakan KP-KP Wilayah sudah mula mencari 'harta karun' dari saudara KP UMNO MALAYSIA. Kisah di hotel flamingo pada tempoh hari telah mencoretkan sebuah kisah 'hikayat' PEMUDA yang ingin mencari kekayaan sendiri.Apakah benar di sebalik cerita ini.Jika benar ia terjadi alangkah malunya PEMUDA MELEWAR dengan perangai KP-KP Wilayah ini.Adakah ini yang menjadi inspirasi kepada KP-KP Wilayah untuk menjawat jawatan KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN.PEMUDA MELEWAR amat sangat berharap KP Batu tidak sedemikian rupa.Kalau ini betul-betul terjadi, bersedialah kita (UMNO) untuk ditalkinkan.

Contoh melalui tauladan, akan tetapi apabila ini terjadi kita sebagai ahli UMNO harus meletakkan satu garis panduan di mana contoh sebegini rupa sepatutnya di interpetasi seperti Contoh melalui 'sempadan.Malu dengan sikap pemimpin2 yang tamak dengan harta-harta.KP Bhgn dahulu patutnya diukur dengan 'jati diri' sebelum inginkan anak buah mereka mempunyai jati diri yang kukuh.PEMUDA MELEWAR ada juga mendengar tentang bagaimana PANGLIMA HARIMAU BERANTAI KEPONG, Sdr Norizan Ali keluar daripada perjumpaan KP-KP Wilayah kerana muak dengan perangai kawan-kawan yang tamak & gilakan harta. Alhamdullillah sekiranya ini betul alangkah indahnya ada juga pemimpin yang ikhlas ingin membantu ORANG MELAYU, memperkasakan parti, memperjuangkan agama & bangsa. Sikap ini harus di contohi oleh KP-KP yang lain. Kami di peringkat akar umbi sangat bersyukur kepada ALLAH, inilah nilai yang tidak terhingga yang telah di lunaskan dengan penuh bermaruah.Terima kasih diucapkan kepada Sdr Norizan.

Peringatan yang ingin kami bawa kepada KP-KP Bhgn di WP, jgn lah anda menggadaikan maruah agama,bangsa, & negara hanya semata-semata dengan permintaan matearlistik anda yang tidak bertanggungjawab.Kami PEMUDA MELEWAR amat berharap kisah ini tidak pernah berlaku, akan tetapi jika ia benar-benar berlaku sekalung tahniah kami berikan kepada anda kerana andalah yang bakal membuatkan UMNO/BN menjadi pembangkang pada PRU ke13 ini

Minta direnungkan sejenak intipati perjuangan UMNO dari permulaan 'kehidupan' UMNO.

No comments: