Thursday, November 20, 2008

ANTARA KEBENARAN & FITNAH


PEMUDA adalah generasi yang digolongkan berusia antara 18 dan 40 tahun. Jika dibandingkan dengan usia parti UMNO, Pemuda dilihat sebagai golongan yang tidak mempunyai banyak pengalaman suka duka kehidupan.

Kebanyakan pengalaman mereka lebih bersifat teori, berdasarkan kepada buku-buku sejarah, tanpa terpahat bekas-bekas luka perjuangan seperti generasi Melayu sebelum kita. Malah hari ini, sejarah bangsa dan negara biasanya dipelajari, semata-mata untuk lulus peperiksaan, tanpa sebenarnya menjiwai dan mendalami erti kata sejarah itu sendiri.

Bagaimanapun, kita mesti menghadapi kitaran hidup yang nyata. Kekosongan generasi dewasa Melayu yang mula-mula mengharungi perit getir kelemahan politik dan kedaifan orang Melayu zaman dahulu, akan diisi oleh generasi Melayu baru yang masih muda dari segi pengalamannya. Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti.
Sungguhpun begitu, evolusi parti UMNO sungguh menakjubkan dan menggetarkan perasaan ini, terutama sekali di awal penubuhannya. Kita mungkin tidak mampu merasai bahangnya tetapi cuba bayangkan apabila 41 buah pertubuhan terbesar bangsa Melayu yang mewakili berbagai kepentingan, dapat dihimpunkan dan berjaya mengadakan Kongres Melayu Setanah Melayu (Semalaya) di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946.

Atmosfera di masa itu tentu sangat hangat dibakar oleh api semangat perjuangan orang Melayu yang berada di kelab tersebut. Ia seterusnya telah mencetuskan bibit-bibit penyatuan dan perpaduan, hinggalah terbentuknya Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) ataupun UMNO.

Secara ilmiah, kesemua objektif utama kewujudan UMNO adalah aspirasi dan semangat UMNO yang sungguh menarik untuk kita fahami dan perjuangkan. Secara amnya, aspirasi UMNO tidak berubah, tidak seperti parti-parti politik pembangkang lain.
Kebanyakan parti politik yang lain tidak berpendirian kukuh dan mengikut resmi lalang di mana pendiriannya terhuyung-hayang mengikut rentak manusia dan politik di ketika itu.

Dunia tahu bahawa parti Pas merupakan sebuah parti yang ditubuhkan oleh penjajah Inggeris dengan natijah memecahbelahkan bangsa Melayu. Parti Keadilan pula mempunyai natijah penubuhan parti yang lahir dari perasaan kecewa dan tidak puas hati.
Persoalannya sekarang, apakah perasaan-perasaan negatif dalam kepimpinan parti-parti tersebut dapat menyediakan landasan kukuh kepada perjuangan agama dan bangsa yang bersih lagi suci seperti perjuangan parti UMNO?
Terlalu banyak putar belit, khabar angin dan informasi politik yang mudah kita baca, dengar dan ucapkan, sehinggakan kita boleh terperangkap di antara realiti dan dongengan.

Oleh kerana itu, sebagai seorang Melayu yang berilmu, kita dituntut untuk mengkaji ‘wajah’ politik serta senario manusia dan kita mesti bijak membezakan di antara fakta dengan fitnah.

No comments: