Thursday, November 27, 2008

Chua: Kita tidak terima Ketuanan Melayu...Politik Murahan Chua Soi Lek

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah.Katanya slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi."Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu," katanya dalam ucapan penerimaan Anugerah Kancil di Petaling Jaya hari ini."Bila kita berkata tolak 'Ketuanan Melayu', kita bukannya mencabar hak-hak istimewa orang Melayu. Ianya terkandung dalam perlembagaan kita dan tiada siapa pun boleh mengenetapikan pada masa ini."

Dalam cara yang sama, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Statusnya dilindungi dalam perlembagaan, dan tiada siapa pun yang boleh mengubahnya," kata Chua.Beliau berkata, status tersebut diterima dan dihormati, maka "bila kita belajar bahasa lain atau memasang papan tanda dalam bahasa lain, ianya bukan mencabar status bahasa kebangsaan kita".Sehubungan itu, Dr Chua menegaskan pentingnya mengubah pemikiran rakyat Malaysia supaya tidak menguasai 'satu bahasa' sahaja dalam dunia globalisasi IT."Kita perlu berdayasaing tinggi. Maka meningkat pembelajaran dan penguasaan adalah mengenai memperkayakan tenaga kerja kita, bukan (bermaksudn) lain," tambahnya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia mesti berubah dan kurang bersikap konfrontasi, kontroversial, emosi dalam isu-isu yang melewati batasan perkauman."Jika kita menjadi kurang emosi/konfrontasi dan lebih objektif, maka suhu politik di Malaysia akan lebih 'normal'."Mesti ada lebih konsensus, lebih bertolak ansur dan lebih asas kesaksamaan; bukan hubungan Tuan dan Hamba."Hak semua masyarakat terkandung dalam perlembagaan. Para pemimpin tidak semesti tahu semuanya. Mungkin hanya yang terbaik untuk mereka dan bukannya untuk rakyat," katanya.Satu lagi perubahan yang diperlukan, katanya ialah bagi rakyat Malaysia berfikiran seperti rakyat Malaysia dan kurang berdasarkan garis perkauman.

Pemuda TM berpendapat ini merupakan satu retorik kosong yg cube di main kan oleh Dr Chua. Apakah Dr Chua mengambil kesempatan dp kelemahan UMNO pd ms kini? adakah beliau sedar asal nya?tidak kah beliau sedar Malaysia ini di dalam Gugusan Kepulauan Melayu?adakah beliau sedar sebelum negara ini di namakan Malaysia, nama bagi negara ini ialah Persekutuan Tanah Melayu,Malaya? Adakah minda beliau tidak boleh menerima kenyataan, contohnya negara THAI, THAI"LAND" dan cuba bayangkan dan ia fakta yg tidak boleh di ubah. Tidakah beliau tahu LEGENDA di Filipina, JOSE RIZAL juga merupakan orang melayu??? Ini menunjukkan negara ASEAN ini di rangkumi GUGUSAN KEPULAUAN TANAH MELAYU. Adakah beliau masih tidak sedar lagi??!!!!ataupun pura2 tidak tahu??!!!Pemuda TM merasakan untuk menjadi BANGSA MALAYSIA, Dr Chua harus menjwab 3 perkara PENTING ini;

1) Untuk menjadi BANGSA MALAYSIA, kami mencabar beliau MEMBUBARKAN & MENUTUP sekolah jenis kebangsaan(SJK) di Malaysia dan di gantikan dengan SEKOLAH KEBANGSAAN(SK). 1 aliran sahaja!

2) Untuk menjadi BANGSA MALAYSIA, kami mencabar beliau penggunaan penuh bahasa kebangsaan iatu BAHASA MALAYSIA sbg medium harian. Didalm perlembagaan Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan ia sepatut nya digunakan oleh semua kaum di Malaysia. Jgn ade lagi istilah LU GUA BINI LU GUA .....

3) Dimanakah Ah CHong & Ramasamy semasa PMERINTAHAN British? DATo Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Maharajalela, Tok Sagor dan pahlawan melayu yg lain.Adakah beliau tidak kenal dengan mereka2 ini. Dimanakh kesedaran sejarah beliau????Dimanakah AH Chong yg di bangga2 kan.

Jangan dengan hanya 'berlakon' sbg 'pelakon' GRAMMY anda boleh berbangga. Sedarlah anda cuba menidakkan fakta & sejarah dan kepentingan anda cuma untuk menjadi JUARA bg kaum anda dengan cube mengelirukan masyarakat. PEMUDA TM membantah sekeras2 nya kenyataan DR CHUA SOI LEK didalam MALAYSIAKINI!!!

HIDUP MELAYU!!!!HIDUP MELAYU!!!!
HIDUP ISLAM!!!!!HIDUP ISLAM!!!!
HIDUP UMNO!!!!!

Pergerakan Pemuda UMNO Tmn Melewar

1 comment:

Ibnu Ali said...

Islam dulu bro baru Malayu. Kalau Cina Islam camana bro? Lulusan al azhar lagi, boleh tak jadi Pmerintah?

Kalau perjuangkan bangsa, tapi agama duk belakang susah bro. Susah nak jawab kat kubur tu.

Kalau pejuangkan Islam semua aspek kita amik, bangsa, negara.

Kalau bro pegi china, nak makan.. mana bleh tibai jer, misti cari restoran halal kan. Titik persamaannya Islam kat situ.

Kalau perjuangkan bangsa, sama jer macam MIC, MCA taraf UMNO ni. SEkadar tegur jer bro.

UMNO nak selamat tukar jer dasar kepada Islam total. InsyaAllah selamat. Allah jamin. Sebab ada dlm quran. Tu pun kalau bro dah khatam la.