Thursday, November 20, 2008

Kualiti Kepimpinan Melayu Terbukti




Pembentukan semula ekonomi yang dilakukan oleh pentadbiran Presiden Bush tidak ubah seperti tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelesaikan krisis kewangan yang melanda Asia 10 tahun dahulu. Pemuda Tmn Melewar berasa bangga kerana ini membuktikan kualiti yang ditunjukkan oleh kepimpinan orang Melayu.
Tindakan Tun terhadap memulihkan ekonomi telah membuka mata dunia. Tun tidak memilih untuk meminjam daripada IMF atau World Bank dan menggunakan Ringgit Malaysia daripada dollar ketika Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi pada tahun 1997. Formula Tun Dr. Mahathir telah ternyata berhasil dan kini pihak Amerika Syarikat telah mengikut jejak beliau untuk menangani kemelesetan yang melanda negara itu.
Ini adalah ulasan Pemuda Taman Melewar terhadap saranan Menteri Luar Negara, Datuk Seri Rais Yatim berkenaan kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu yang memerlukan pengukuhan agar tidak dihina dan dipertikaikan oleh bangsa asing. Kita seharusnya menganalisa saranan beliau melalui satu perspektif yang lebih luas memandangkan pemimpin Melayu hari ini perlu menambah pengetahuan jika mahu menerajui Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.
Dalam dunia yang semakin mencabar hari ini, kita tidak sepatutnya goyah dengan perubahan ekonomi dan politik. Proses peralihan kuasa semakin hampir, harga barang dan minyak pun sudah mula turun. Pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia. Jangan kita berdiri dan melihat sahaja. Kita perlu merebut peluang. Malaysia boleh!

1 comment:

Unknown said...

salam,
sudah lama kepimpinan Tun telah dipuji dan disegani dunia namun apa yang menyedihkan pada hari ini, x ramai rakyat negara ini yang mengakui kehebatan Tun dalam segala bidang...sepanjang perjalanan saya ke beberapa negara luar, ramai yang bertanyakan kepada saya dan tidak faham dengan rakyat Malaysia yang kurang menyenangi cara Tun, namun hari ini barulah kita mahu akui perkara tersebut. sudah lumrah alam, apabila berbuat baik maka tidak akan ada siapa yang akan mengingati melainkan apabila sudah tidak ada lagi...
sebagai contoh pengalaman Malaysia dalam mengharungi perit dalam Krisis Ekonomi 1997, Tun telah mencadangkan dan menggalakkkan kepada rakyat Malaysia supaya berbelanja dan bukan pendekatan berjimat bagi membantu memulihkan ekonomi Malaysia kembali...mungkin hari ini ramai yang kata jalan penyelesaian kepada kesempitan kehidupan harian adalah dengan berjimat cermat, namun cuba bayangkan dan letakkan diri anda dalam peranan seseorang peniaga. apa akan jadi apabila semua rakyat atau pelanggan anda berjimat amat sangat? adakah jualan anda akan meningkat? adakah jualan para pembekal akan meningkat atau terjana? jika tidak, maka apa yang akan berlaku ialah kelumpuhan ekonomi yang jauh lebih teruk kesan dari sikap 'jimat' itu tadi. apa yang Tun maksudkan ialah, berbelanja di dalam negara atau dengan kata lain bantu-membantu sesama sendiri, kerana dengan berbelanja itu lah kita membantu mengembalikan ekonomi kita dari sekecil-kecil peniaga hinggalah kepada pasaran besar negara. maka boleh lah semua pihak menyambung hidup kerana ekonomi sentiasa berjalan. ada sesiapa yang terfikir cara ini semasa 1997? hanya Tun yang terfikir cara ini...The Great Tun Mahathir...